•CHAPTER 42•

179 34 25
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN❤

•••

Cepat waktu berlalu. Dan sekarang adalah malam Krismas, malam yang sentiasa Heebin tunggu. Malahan salji sudah turun pagi tadi, sedikit lewat dari yang pengkaji cuaca ramalkan.

Tapi hatinya tidak begitu tertarik dengan salji yang turun menghiasi hari Krismas seperti tahun sebelumnya. Sejak pertemuan nya dengan gadis yang bernama Son Haeun itu membuatkan Heebin benar-benar mahu tahu siapa gadis itu sebenarnya.

Dia bukan mahu tahu tentang bagaimana gadis itu mengenalinya tetapi bagaimana gadis itu mengenali suami nya, Jay Park.

Dari percakapan, mereka seolah-olah kenal rapat.

Dan saat ini, Heebin duduk bersendirian di bar kitchen. Jake dan Jay? Kedua jejaka itu ada di halaman rumah untuk memanggang.

Salji? Jangan risau, mereka tidak akan terkena timbunan salji memandang kan ia ditutup bumbung kaca automatik. Dibuka dan ditutup bila mahu.

Suno?

Dia sedang ada di bilik, menonton drama kesukaaan nya, The Penthouse.

"Sayang, kenapa termenung macam nak tembus meja tu?", suara Jay mengejutkan Heebin yang sedari tadi asyik mengelamun.

Dia menoleh ke arah sisi dimana Jay sudah merangkul kemas pinggang ramping nya. Lelaki itu sempat menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi si isteri.

Heebin menggeleng perlahan.

"Tipu, cakap lah apa yang ada dalam kepala awak tu... lagipun tak baik memendam, macam mana kalau awak tiba-tiba ada masalah mental?"

Heebin tertawa sebelum lengan Jay ditarik untuk duduk di kerusi bersebelahan nya.

"Jangan lah risau, stress mana pun saya... isteri awak ni takkan jadi gila"

"Then cakap lah apa yang bermain dalam minda awak tu... saya kan suami awak, saya pun nak jadi orang yang awak boleh harapkan"

Heebin mencebik, dia tahu suaminya itu menyebut tentang Jake Shim. Kenapa mahu mengungkit perkara lepas? Padahal pada akhirnya Jake tetap saja menjadi lelaki yang ditinggalkan... walau terpaksa.

"Kalau saya tanya, awak akan jawab jujur?"

Tanpa ragu, Jay mengangguk. Wajah si isteri dipandang aneh, gadis itu seperti ragu-ragu mahu bertanya kan sesuatu.

"Kenapa diam saja?"

"Haeun, Son Haeun... Awak kenal dia?"

Jay terkedu. Bagaimana Heebin kenal dengan bekas kekasihnya? Padahal dia tidak pernah menceritakan apa-apa.

"Macam mana sayang kenal dia?"

Heebin mencebik lagi. Dia berpeluk tubuh, memandang Jay dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.

"Sayang? Kenapa pandang macam tu? Pandang macam nak terkam saja"

"Jawab dulu soalan saya baru saya jawab soalan awak"

Jay melepas keluhan berat. Kenapa Heebin benar-benar mahu tahu tentang Haeun?

"Haeun tu be—"

Ding Dong!

Kata-kata Jay terhenti tatkala loceng pintu utama ditekan. Mereka menoleh serentak ke pintu dapur yang boleh menampakkan sedikit pintu utama.

"Sekejap saya bukakan pintu", Heebin segera bangun dan berjalan ke arah pintu utama yang sebesar alam.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now