Abaikan typo
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY♡
•••
"Eo? Jake?", Heebin berlari anak ke arah Jake yang masih memakai apron merah jambu di bar kitchen. Dipeluk nya tubuh tinggi lampai Jake.
Jake senyum kecil sebelum meleraikan pelukan mereka.
"Heebin sihat tak ni?"
"Demam sikit je ni", Heebin tersengih. Menampakkan barisan atas gigi putih.
Belakang telapak tangan Jake menyentuh lembut dahi Heebin, panas. "Eo? Kata sikit tapi kenapa panas sangat ni? Nak ke hospital?"
Heebin mencebik. Kepala digeleng perlahan.
"Lepas beberapa hari nanti, sihatlah ni... Awak masak apa—wah! Laksa? Tahu-tahu je saya nak makan laksa Sarawak", teruja Heebin. Mata nya bersinar, suka dengan hidangan pagi yang Jake Shim sediakan.
Bangku ditarik sebelum punggung dilabuhkan berhadapan lelaki itu.
Satu mangkuk mi laksa dihulur di hadapan gadis itu.
Garfu dicapai laju, tersenyum suka Heebin tatkala melihat sup pekat yang masih mengeluarkan kepulan asap.
Sedap ni kalau masih panas!
Baru saja dia mahu menyuap dan—
"Kenapa bagi dia makan laksa? Dia kan tak sihat", dingin Jay. Suara nya kedengaran begitu berat, seolah dia menahan amarah.
Tangan Jay menahan pergelangan tangan si isteri, memberhentikan Heebin dari langsung menyuap laksa ke dalam mulut.
Terkebil-kebil gadis itu melihat dua jejaka tampan yang saling bertentang mata dengan paras dingin dan serius.
"Kalau nak gaduh tempah lah gelanggang gusti, tak pun pergi taman dekat depan simpang sana... Kalau gaduh sini tiada orang tengok siapa lebih macho... Tch, benda kecil pun nak bergaduh", Suno datang menghampiri bersama sindiran. Punggung dilabuhkan bersebelahan Heebin sebelum mangkuk laksa gadis itu ditarik.
Lebih baik dia yang makan!
•••
Sunghoon's
Aku memandang ke luar tingkap kafe. Aku keluar awal hari ni sebab nak jumpa seseorang sebelum masuk kelas.
Dagu halus tanpa misai, ku usap perlahan tatkala aku asyik memikirkan tentang sesuatu.
Haeun.
Adik tiri aku tu makin aneh kebelakangan ni. Tak meroyan, meracau atau sepahkan barang macam selalu.
Dia juga tak cuba nak bunuh diri lagi.
Malahan dia selalu tersenyum sendirian akhir ni. Seram aku.
Nak kata tak waras, tak boleh pula. Sebab dia senyum setiap kali tengok telefon.
Aku bukan apa, kalau dia senyum sebab dia chat teman lelaki tak apa. Tapi teman lelaki dia Yeonjun kan dah meninggal. Habis tu, dia chat siapa sampai tersenyum?
Dan satu perkara aku perasan. Dia kerap sangat jumpa sepupu tiri aku!
Setiap kali mereka berbual, aku nampak raut wajah mereka tegang semacam, nak kata gaduh tapi selalu jumpa.
Aneh.
Mereka ada rancang sesuatu ke?
Aku harap tidak lah, sebab setiap kali aku lihat dorang bersama, aku tak sedap hati.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...