ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN❤
•••
"Sayang, jom pergi", pinggang Heebin dirangkul kemas sebaik saja keluar dari tandas.
Heebin menoleh bersama senyum lebar, memandang wajah tampan yang akan menemani nya hingga ke hari tua. "Marilah... tapi Suno dengan Jake dimana?"
"Mereka pergi beli minuman, saya dah pesan untuk kita sekali", Heebin mengangguk sebelum lengan si suami dirangkul dan dibawa masuk ke kedai elektronik.
"Kenapa kita ke sini?", anak mata Jay melilau melihat keadaan sekeliling. Mewah dan luas.
Seorang pekerja wanita datang menghampiri mereka bersama senyuman. "Selamat datang, cari apa ya?"
Heebin senyum sebagai sapaan. "Kami cari alat pemanggang"
"Baik, saya pergi carikan dulu, awak berdua boleh duduk di sofa sebelah sana", pasangan itu menoleh kebelakangan, melihat arah yang ditunjuk.
Heebin mengangguk sebelum lengan si suami dilepaskan. "Awak dulu lah, saya nak tengok-tengok dulu"
Tanpa berlengah, Jay segera berjalan ke arah sofa. Punggung dilabuhkan dan serta-merta kaki disilang. Telefon di dalam poket seluar dikeluarkan sebelum berita-berita terkini dibuka.
Manakala Heebin terus melangkah, melihat alat elektronik lain. Belum jauh dia melangkah, mata nya tertumpu pada satu kawasan di hujung kedai.
Langkah dibuka laju tatkala dia terlihat sesuatu yang agak menarik.
"Kenapa boleh ada alatan baby dekat sini?", gumam Heebin perlahan.
Jari runcing nya menyentuh lembut kekayu katil bayi sambil mata fokus melihat set tilam bayi bewarna merah jambu yang sudah tersedia di dalam katil bayi. Siap dengan botol susu lagi!
"Mari kita ada ramai anak dalam lima tahun ke depan...saya nak mereka cantik macam awak dan tampan macam saya...saya juga akan ajar mereka menari"
Heebin tersenyum perit tatkala kata-kata Heeseung suatu saat lalu menerpa ke minda. Jika mereka masih bersama, pasti mereka sudah menikah dan punya ramai anak seperti yang dirancang. Namun takdir begitu kejam untuk mereka.
Jujur, tiada saat bersama lelaki itu dia lupakan. Bersama Heeseung adalah hal yang indah meski perpisahan menjadi jawapan akhir hubungan mereka.
Dalam lima tahun ini, lelaki bernama Lee Heeseung benar-benar selalu ada di dalam hatinya bahkan saat dia memiliki orang lain.
Mungkin kah kata-kata cintanya pada Jake adalah kepalsuan yang dibuat untuk menutup hakikat lelaki itu telah pergi.
Mungkin kah juga dia masih berharap Heeseung akan kembali?
'Saya rindu awak Heeseung...tapi tergamak awak tinggalkan saya', Heebin memejam rapat matanya tatkala perasaan sebak menyelubungi.
Bahu nya terhinjut saat terasa pinggang nya dirangkul kemas dari belakang. Serentak itu bahu kiri nya terasa berat. Nafas hangat Jay menerpa ke sekitar leher memandangkan Jay merenung Heebin dari sisi.
"Kenapa dari tadi tenung katil baby ni? Or... do you want your own baby?", Heebin berpaling memandang Jay yang begitu dekat sebelum pinggang lelaki itu dicucuk mengejut.
Jay menjerit kecil kerana ulah Heebin sebelum mereka tertawa.
Pinggang Heebin kembali dipeluk. Haruman pada leher wanita itu sedikit sebanyak membuat nya khayal. "Why don't you answer me? Or my guess is right?", Jay tersenyum nakal tatkala melihat wajah Heebin yang tiba-tiba merona merah.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...