ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Ding Dong!
Heebin yang masih mengenakan gaun tidur labuh itu melangkah ke pintu utama. Dia sudah bangun lama cuma nya belum ada niat mahu mandi.
Terpacul wajah tampan penuh seri di balik pintu sebaik saja daun pintu dikuak lebar. Heebin tersenyum manis melihat dua orang lelaki yang sering bersama nya akhir-akhir ini ada di hadapan mata.
Segera Jake dan Niki dipelawa masuk.
"Mana suami kau?", mata Niki tidak lari dari meninjau sekeliling, mencari keberadaan Jay.
Heebin tersenyum kelat. Leher nya diusap janggal. "Jay tak balik semalam"
Jake dan Niki saling berpandangan. Dapat Heebin tangkap raut Niki yang berubah dingin. Naik seram gadis itu dibuatnya.
"Memang betul lah! Dia tu memang dasar suami dayu-hmmppphhhh", mulut Niki ditekup kuat oleh Jake yang saat ini tersengih kekok kepada Heebin.
"Kenapa dengan Jay? Ada sesuatu yang buruk terjadi pada dia?", Heebin bertanya risau. Jake menggeleng laju. Jarinya masih setia menekup mulut Niki. Kalau tak ditekup memang habis semuanya terbongkar.
"Ani! Tiada apa yang jadi! Niki memang suka meroyan akhir-akhir ni... dah lah, apa kata awak cepat bersiap? Hari ni ada temu janji dengan doktor kan?"
Langsung membulat sepasang mata hazel milik Heebin. Dahinya ditepuk lembut. Boleh pula dia lupa akan temu janji sendiri.
"Arra, aku bersiap dulu... kalau nak minum, pergi lah buat air sendiri", Jake mengangguk laju.
Tangan nya segera dialihkan sebaik saja bayang Heebin menghilang di balik pintu. Dia menghela nafas lega sebelum menjeling tajam ke arah Niki.
"Kau dah gila ke?"
Jake meluru ke arah ruang tamu, punggung dilabuhkan pada salah satu sofa di situ diikuti oleh Niki. Lelaki itu masih tidak berpuas hati dengan hal tadi.
"Aku tak gila. Tapi suami tak guna dia tu yang gila! Mwo?! Curang dengan betina mana entah sampai abaikan isteri hamil, kau rasa perkara tu normal? Itu lagi gila! Aku rasa macam nak siat saja kulit dia tu!", Niki mendengus kesal.
Dia bangun lalu menekan suis kipas siling. Rasa panas hatinya tidak boleh dilegakan walau pendingin hawa sudah terpasang. Peduli apa dia jika Jake kesejukan?
"Kau pikir kau seorang saja yang rasa macam tu? Aku pun rasa marah juga, tapi fikir lah tentang Heebin. Dia hamil Niki! Aku tak nak dia tertekan cuma sebab Jay ada perempuan lain"
Niki mengeluh berat. Hatinya terlalu marah sehingga dia terlupa akan keadaan Heebin. Wajah nya diraut kesal.
"Habis itu nak buat apa? Takkan kita nak tutup salah Jay? Aku tak nak Heebin fikir kita bersubahat pula"
Jake terdiam. Ada benarnya apa yang Niki bicarakan.
"Nanti-nanti lah fikir, serabut aku. Jay ni memang tak guna betul! Sewel! Bangang! Bodoh! Gila-"
"Sudah lah tu! Semua benda tak elok kau sebut", Jake tersengih. Terlebih emosi pula.
"Maaf lah... tapi, kau rasa kita patut cakap tak soal Heeseung? Dah heboh satu dunia berita dia meninggal"
Niki angkat bahu, dia sendiri tidak tahu. Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing mengeluh kecil.
Banyak perkara yang berlaku. Semua nya bagai sudah tidak terkawal. Jake dan Niki sendiri terkejut mendengar berita itu dari Tuan Shim.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
أدب الهواة©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...