•CHAPTER 43•

202 34 47
                                    

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY❤

ABAIKAN TYPO YANG ALWAYS MELEKAT DENGAN LYNN

•••

"Sorry Heebin, saya kena pergi", dua pasangan itu dikejutkan dengan kehadiran Niki yang tergesa-gesa mahu keluar.

Belum sempat Heebin mahu bersuara, Niki sudah melintasi nya sambil berlari keluar. Hampir terjatuh gadis itu dibuatnya, nasib saja ada Jay yang memaut kuat pinggang nya.

Jay angkat bahu apabila Heebin memandang nya seperti bertanya apa yang terjadi.

"Jake, kenapa dengan Niki?", soal Heebin sebaik saja duduk di tempat nya kembali diikuti Jay yang duduk di tempat Niki.

"Tunang dia minta putus", ujar Jake bersama keluhan kecil. Dia masih terkejut akan berita itu. Dia tahu Niki dan Mijin sering bertengkar tapi selalunya tidak lah seburuk ini.

"Mwo?", Heebin dan Jay saling berpandangan. Tidak percaya akan apa yang baru terjadi.

•••

"Auntie", Niki segera berlari ke ruang tamu. Ke arah orang tua Jake yang duduk di sofa sambil merenung hadiah pertunangan yang dipulangkan.

"Niki apa dah jadi sampai Mijin buat keputusan macam ni?", Tuan Shim sudah bangkit dan bercekak pinggang di hadapan Niki yang seperti saja mahu menangis.

"B-bila Mijin hantar semua ni?"

"Lebih kurang setengah jam lalu", Puan Shim menjawab sayu. Dari tadi kotak baldu merah hati itu digenggam. Puas dia memujuk Mijin untuk membatalkan niat nya namun gadis itu seperti sudah tekad dengan keputusan sendiri.

Keputusan mahu berpisah.

"Niki-Niki nak cari Mijin", baru saja lelaki itu mahu pergi, lengan nya ditahan oleh Tuan Shim.

Lelaki paruh baya itu menggeleng bersama raut sedih. "Dia dah pergi jauh Niki... Kamu takkan dapat kejar dia lagi"

Melihat kedua-dua orang tua Jake itu seperti sudah redha dengan keputusan itu, Niki mengetap bibir, menahan getaran.

Air mata nya yang baru saja mahu menitis dilap segera.

"Ani, dia tidak boleh pergi tanpa izin Niki... Niki akan bawa dia balik", kotak baldu itu dicapai dari genggaman Puan Shim sebelum dia melangkah laju keluar dari rumah.

•••

"Eo? Cantiknya", Sunghoon tersenyum suka melihat wajah teruja Hayeon.

Mata gadis itu bersinar-sinar melihat sekeliling taman itu. Penuh dengan lampu yang menerangi segenap ruangan.

"Hayeon, awak suka tak?", Hayeon menoleh, memandang Sunghoon bersama senyuman lebar. Dia mengangguk laju.

"Suka, macam mana sunbae tahu tempat ni?"

"Dah lama sejak saya simpan impian untuk ke sini dengan perempuan yang saya suka", Hayeon mengangguk.

Sunghoon tersenyum tawar bila dia teringat akan impian nya mahu ke sini bersama Heebin tapi sayang dia tidak pernah punya kesempatan bersama gadis itu.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now