•CHAPTER 5•

261 43 10
                                    

Heebin duduk di bangun kosong setelah lelah bermain banyak permainan di funfair. Ada banyak anak patung yang dibawa bersama. Hadiah Jake menang permainan memanah belon 6 kali berturut-turut.

Hampir dua minit menunggu sendirian, Jake datang bersama dua cawan teh limau. Tersenyum suka gadis itu dibuatnya. Gembira melihat Jake menghampiri nya.

Teh dihulur sebelum tempat kosong sebelah Heebin diambil. Kaki kirinya ditindihkan atas kaki kanan. Kedua-dua mereka menikmati minuman masing-masing sambil memandang langit. Cantik. Malam gelap dihiasi banyak bintang.

Mereka tertawa kecil saat terpandang wajah satu sama lain. Agak lucu sebab terasa kekok tiba-tiba. Jake menggeleng kecil. Teh nya diletakkan ke sisi.

"You happy hari ni?", Jake bertanya seraya tersenyum lembut pada Heebin. Gadis itu mengangguk laju bersama straw yang masih di bibir.

"Thank you, banyak betul hadiah I dapat hadiah hari ni", Jake mengangguk sebelum tangan nya mula turun dan singgah di pinggang ramping Heebin. Heebin yang sudah terbiasa dengan setiap sentuhan Jake hanya membiarkan saja.

Tubuh Heebin ditarik mengejut sehingga tiada ruang di antara mereka. Hampir tersembur air minuman nya akibat terkejut. Dada Jake dipukul lembut. "Heh! You ni, terkejut I tau", marah Heebin sebelum jelingan manja diberi. Jake tertawa kecil.

Pipi Heebin di kucup. Tersengih suka anak datuk bandar Yoon itu jadinya. "Patut ke kita ambil gambar?", Heebin bertanya seraya mendongak sedikit memandang wajah Jake yang agak tinggi. Lama juga Jake berfikir sebelum dia mengangguk.

Dengan laju gadis itu menghulurkan tangan kirinya. Meminta telefon milik Jake. Jake hanya tersenyum dan mengambil phone nya dari dalam poket seluar.

"Okay, pandang sini", Heebin mengarah pada Jake yang berpura-pura melihat ke arah orang lain. Tangan nya sudah bersedia mahu menekan butang snap. Namun Jake masih degil. Pandangan nya tidak pada kamera phone.

Heebin merengus kecil. Tangan nya mula naik dan memegang wajah Jake. Kepala lelaki itu dipusing paksa ke arah kamera.

"1, 2...3"

CLICK!

Heebin tersenyum lebar, melihat gambar yang baru dia ambil. Dengan wajah Jake yang tersenyum persis orang sumbing membuatkan nya tertawa kecil. Jake turut tertawa melihat wajah nya sendiri.

"Maaf, boleh tolong ambil gambar kami", Heebin segera bangun dan menghampiri seorang lelaki yang baru mahu lalu di depan mereka. Lelaki tadi hanya mengangguk.

Kini gadis itu duduk kembali ke tempat nya. Lengan Jake dipeluk erat sebelum wajah nya singgah di dada milik lelaki itu. Jake pula hanya memeluk erat pinggang Heebin bersama senyuman manis.

"1,2...3"

CLICK!

"Boleh tolong ambil satu lagi gambar?", pinta Heebin bersama senyum tipis. Jejaka itu hanya mengangguk kecil. Kali ini posisi mereka diubah.

Tangan Jake naik dan memeluk bahu Heebin yang agak terdedah manakala Heebin pula yang berubah kepada memeluk pinggang Jake. Mereka saling menatap satu sama lain. Wajah mereka sungguh dekat, hidung berlaga dan masing-masing merasai hangat nya nafas antara satu sama lain.

"1,2..3"

CLICK!

Dan sekeping lagi gambar berjaya diambil. Heebin bangun lagi dan mengambil phone dari lelaki tadi. "Terima kasih", gadis itu tersenyum gembira sebelum mendekati Jake.

"Tak nak balik?", Jake bertanya perlahan sambil wajah Heebin dipandang lama. "You nak balik ke?", Heebin menyoal pula, hairan melihat Jake yang tiba-tiba mahu pulang awal padahal sekarang baru menginjak jam 10 malam.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now