•CHAPTER 28•

183 33 85
                                    

HAPPY READING ♡~

Abaikan typo

•••

"Good morning Suno, kenalkan ini Hayeon, Seo Hayeon, anak Pengerusi Seo dari CH Entertainment", senyuman Suno automatik mati tatkala sepasang nama yang dibenci meniti keluar dari bibir Puan Yoon.

'Apa? Hayeon? Apa gadis menjengkelkan itu lakukan dekat rumah ni?'

Perlahan Suno menoleh ke sisi dan Hayeon, gadis itu memandangnya bersama senyuman manis. Seperti yang selalu ia tunjukkan.

Mahu tidak mahu, anak lelaki keluarga Kim itu terpaksa mengukir senyuman manis yang penuh kepuraan. Raut wajah terkejut dan meluat nya disimpan jauh di dasar hati dengan senyuman indah di wajah.

"Ouh hai Hayeon, saya Suno, Kim Suno", wajah Hayeon sedikit keliru. Mungkin tidak memahami kenapa lelaki itu mengenal kan diri padahal mereka sudah lama kenal.

"Hayeon dengan Suno sama belajar di Universiti Korea kan? Takkan tak kenal satu sama lain?", soal Tuan Yoon.

Suno menoleh sebelum menggeleng bersama senyum manis. "Ye ke? Saya tak pernah nampak pun Hayeon di kampus, awak aliran apa?", untuk kedua kali, Suno menipu lagi.

Dulu kerana Heebin dan sekarang kerana Hayeon, wanita yang meminati nya di universiti.

Hayeon, walau lambat, namun dia mula faham rentak permainan Suno. Dia tersenyum nipis, nampak nya dia turut terpaksa berbohong.

"Saya aliran perubatan, tahun depan tahun akhir"

Suno sekadar mengangguk. "Saya aliran perniagaan, 4 bulan lagi saya akan tamat belajar"

"Memandangkan dah kenal, mari makan, nanti kamu berdua lambat pula", ajak Puan Yoon dan Suno segera bangkit, beredar ke dapur.

Makin lama dia melihat Hayeon, makin meluap-luap perasaan mahu memaki wanita itu. Entah apa salah di masa lalunya hingga harus sering bertemu Hayeon.

•••

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuklah kalau tak malu", Jake bersuara malas. Dia tahu siapa yang akan muncul di balik pintu kaca itu memandangkan sekarang hampir pukul 8:30 pagi.

Nishimura Riki. Sepupu lelaki sebelah ibunya.

Lelaki itu muncul bersama senyuman yang sering ia tunjukkan setiap kali baru pulang bertemu Mijin. Biasa lah orang gila bayang, anda bila lagi?

Tanpa dipinta, Niki langsung duduk berhadapan dengan Jake yang masih setia dengan komputer riba dan dokumen yang bersepah di atas meja.

"Aku dengar setiausaha kau cakap, kau tak balik rumah?", kening dijingkit garang, memerhati wajah Jake yang tampak sedikit serabut. Namun pakaian dan rambutnya tetap saja kemas seperti kebiasaannya.

Mereka sepupu, dan pasti saja Niki tahu bagaimana raut wajah Jake disaat lelaki itu serabut dan tertekan.

Jake hanya menggumam perlahan sebagai jawapan. Cermin mata dibuka dan di baling perlahan ke atas meja. Tubuh disandarkan pada penghadang kerusi sebelum kepala didonggak dan mata dipejam rapat. Cuba untuk menenangkan fikiran.

"Sejak Heebin kahwin ni, kau makin kerap duduk di pejabat berbanding di rumah, kau okay tak sebenarnya? Jangan saja mulut kata okay, tapi hati kata tak, merana tahu?", bebel Niki.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now