•CHAPTER 50•

212 33 29
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

"Hayeon, kamu dari mana? Oppa datang universiti nak jemput kamu tapi Sunghoon kata kamu pergi dengan orang lain?", Johnny melangkah mendekati Hayeon yang baru menginjak masuk ke dalam rumah bersama secawan kopi.

Dia bukan apa, dia hanya risau kerana adiknya pulang malam-malam begini. Selalu nya Hayeon langsung pulang ke rumah setelah kelas tamat dan akan menelefon jika dia punya hal. Tapi kali ini, tidak!

Hayeon tersenyum kelat. Kaki diatur ke arah sofa ruang tamu diikuti oleh Johnny.

"Kenapa diam ni? Oppa tanya kamu...kamu pergi mana? Dengan siapa? Ke mana? Buat apa? Ha semua tu oppa nak tahu...sekurang-kurangnya oppa tak lah risau sangat", punggung dihenyak bersebelahan Hayeon yang menatap kosong kaca TV yang memaparkan drama Penthouse.

Hayeon masih diam. Dia tidak berniat mahu menjawab apa-apa. Dia masih terpikir akan hal tadi.

Kim Suno mahu beri dia peluang?

Dia tidak bermimpi bukan? Jika ya, dia berharap seseorang datang dan menampar nya.

Tapi jika Hayeon memilih Suno, crush nya sejak dua tahun lalu bagaimana pula dengan Park Sunghoon? Lelaki yang menyukainya.

Mereka sudah bercinta!

Takkan lah dia mahu minta putus padahal mereka baru bercinta. Apa pula kata orang nanti? Seo Hayeon meninggalkan lelaki tampan dan popular di universiti mereka hanya kerana mahu bersama Kim Suno!

Damn! Itu lah bisikan yang pasti dia akan dengar.

"Hayeon, kena-"

"AISHHHHH, RIMAS LAH MACAM NI!!", Hayeon menghentak kaki geram. Serabut minda nya dengan wajah dua orang lelaki tampan itu. Ditambah lagi bayangan dia berciuman dengan Sunghoon dan Suno bersilih ganti menerpa ke kotak pikiran.

Dalam banyak-banyak scene, kenapa harus di scene itu? Aish, menjengkelkan!

Johnny memandang Hayeon bersama riak terkejut. Tiba-tiba saja adiknya menjerkah sehingga terbatal niat nya mahu menyisip kopi.

"Kamu... rimas dengan oppa ke?", suara sayu Johnny membuatkan Hayeon kembali ke alam nyata.

Segera dia berpaling ke arah Johnny yang kini menunduk sambil jari telunjuk bermain dengan cawan kopi.

"Oppa... Hayeon bukan rimas dengan oppa lah... Hayeon cuma fikirkan sesuatu sampai serabut, jangan lah salah faham", lengan Johnny dipeluk manja.

Bukan niatnya mahu membuatkan Johnny terasa hati dengan sesuatu yang dia sendiri tidak maksudkan. Dia cuma terlalu ikut kan emosi dan perasaan sehingga tidak tersedar akan sekeliling.

Johnny mendongak, melihat Hayeon yang kini menatap nya.

"Betul ni?", Hayeon mengangguk laju dengan penuh rasa yakin.

Perlahan senyuman lebar meleret di bibir lelaki itu. Cawan kopi nya diletak ke atas meja kaca sebelum dia mula mengelus lembut rambut Hayeon.

"Baru je nak merajuk dan plan balik Chicago terus", Johnny tergelak kecil manakala Hayeon mula mencebik. Dah besar pun nak merajuk ke?

"By the way, kamu fikir apa sampai serabut? Ceritalah, mungkin oppa boleh tolong?"

Hayeon kembali terdiam. Anak mata nya merenung kusyen sofa yang kini dipelukkannya.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now