ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Jay berpeluk tubuh, memandang Jungwon dan Lynn yang sedari tadi asyik melarikan pandangan silih ganti. Perasaan curiga dan ingin tahunya semakin menjadi-jadi apabila melihat mereka bersama di Pulau Jeju berduaan.
Jay berdehem kecil. Dia melirik ke sisi dan Heebin turut menjeling nya dari tubir mata. Serentak itu, Jay memberi isyarat agar isterinya itu membawa Lynn bersiar di luar sekali gus memberi ruang untuk dia berbicara dengan kawan baik nya, Yang Jungwon.
"Lynn-ah, mari kita bersiar dekat luar, sambil tu bolehlah kenal-kenal", senyum Heebin.
Lynn mendongak. Dia menjeling sekilas Jungwon yang hanya mengangguk kecil. Lantas dia bangkit dan berjalan keluar dari kafe diikuti Heebin.
Pergi saja dua gadis itu, Jay segera bersuara.
"Apa kau buat dekat sini? Bukan kah sepatutnya kau ke Itali atas urusan kerja?"
Jungwon berpaling, melihat tepat ke wajah Jay. Melihatkan tatapan tajam milik Jay berjaya membuatkan Jungwon tidak senang duduk. Dia jadi takut dan gugup pada waktu yang sama.
"Mana ada. Itu cuma alasan yang setiausaha tulis supaya para pemegang saham tak cari...lagipun aku ke sini nak bercuti dengan Lynn alang-alang tu boleh sambut tahun baru sekali", jelas Jungwon.
Tersembur keluar jus lemon yang Jay hirup. Nasib saja dia sempat menoleh ke sisi, jika tidak pasti wajah Jungwon menjadi sasaran. Mujurlah air itu tersembur tepat ke arah pasu bunga. Tidak perlu disiram lagi, sudah cukup nutrien hasil pemberian Jay Park.
Dia mengelap sisa air yang meleleh keluar di hujung bibir dengan tisu yang tersedia kemas di atas meja.
"Mwo? Kalau betul kau nak keluar bercuti dengan teman wanita kenapa sampai kena menipu ni? Kau betul-betul lain lah Jungwon"
Jungwon tersengih. "Saja. Nak tengok mereka bodoh ke tidak percaya apa yang aku cakap lagipun aku sepatutnya ambil cuti memandangkan tahun baru nak dekat"
Jay menggeleng kecil. Pelipis nya diurut perlahan. Tiba-tiba saja pening mendengar jawapan tenang Jungwon. Apakah Jungwon terlalu gila bayang sehingga bertingkah begini?
"Ni, kau tak rosakkan anak dara orang kan? Muka kau ni bukan boleh percaya sangat", Jay meneliti Jungwon atas bawah bersama wajah yang dibuat tidak percaya.
Terlepas decitan kuat dari bibir Jungwon. Tangan nya naik dan disilangkan ke dada.
"Jangan risau lah, aku ni pijak semut pun tak mati apatah lagi kerengga, takut kena sengat", Jungwon beriak tenang. Memandang Jay yang mengemam bibir. Bukan dia tidak tahu jika lelaki itu sedang menahan tawa.
"Kau tak tidur sebilik dengan dia kan? Aku risau pula kalau kau ni nanti bunyi 'Ah' dulu baru sah...bukan sikit pasangan macam tu sekarang"
Sekali lagi Jungwon berdecit. Mulut Jay memang tak pandai tapis. Patut saja dia menyuruh dua gadis itu mengambil angin petang di luar. Rupanya ada ketam di sebalik batu!
"Macam mana kalau aku kata kami tidur sebilik? Kau nak buat apa? Nak sebar dekat jabatan agama kami tidur sebilik?... Huh, bagus sangat lah tu, boleh kawin awal tak payah tunggu setahun dua, free of charge lagi!"
Jay mengetap bibir, menahan geram yang meluap-luap. Ingatkan mahu membuatkan lelaki itu takut dan berwaspada, tak sangka semakin didorong. Makin miang!
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...