ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Sudah tiga hari berlalu, namun hubungannya dengan Jay masih buruk malahan semakin retak. Setiap hari lelaki itu akan mencari gaduh dan menuduhnya tanpa alasan yang jelas.
Heebin penat, tapi tubuh dan mindanya harus kuat kerana dia tidak berjuang seorang diri. Sejak kebelakangan ini Heebin kurang fokus dengan kerja dan banyak kali gadis itu menangguhkan mesyuarat penting hanya kerana dia kurang sihat.
Sekarang Heebin termenung memandang ke arah kota Seoul yang kekal sibuk walau jam hampir tiba waktu tamat berkerja. Heebin tersenyum nipis memikirkan hal yang baru dia ketahui dua hari lalu.
Tuk! Tuk!
"Masuk"
Kedengaran bunyi pintu yang dikuak dari luar namun Heebin masih setia merenung ke luar. Dia tahu itu siapa, hanya Hendery yang sering mengingatkan nya akan banyak hal. Biasa lah, dah nama pun setiausaha.
"Cik Yoon, ada orang nak jumpa"
Dahi Heebin mengerut. Perlahan kerusi nya dipusingkan menghadap Hendery yang masih tegak di pintu. "Siapa yang da—"
"ANNYEONG NYONYA PARK!!", Jake merempuh kuat tubuh Hendery yang menghalangi jalannya, hampir tersungkur lelaki itu. Jake melangkah masuk bersama senyuman lebar, tidak peduli jika lelaki itu menjeling nya.
Heebin tergelak. Ada-ada saja ulah Jake Shim. "Apa awak buat dekat sini? Waktu pejabat kan belum habis"
Jake mengangkat sedikit lengan baju nya, melihat jarum jam yang tidak henti berdetik. "5, 4, 3, 2, 1...
...okay sekarang dah habis", Jake melihat Heebin kembali bersama senyuman manis nya. Dia tidak pernah mampu menyembunyikan senyuman nya setiap kali melihat Heebin. Gadis itu punya tempat yang sungguh tinggi di hatinya.
Heebin menggeleng kecil. "Mari kita makan bersama", ajak Jake riang. Heebin mengangguk. Dia bingkas bangun dan mencapai beg tangan miliknya. Jake didekati sebelum lengan lelaki itu dipeluk nya.
Salah? Dia tahu, tapi peduli apa dia? Jay sendiri bilang tidak akan ambil kisah tentang isterinya itu. Lagian dia hanya menurut kata hatinya.
"Okay, hari ni mummy-to-be ni nak makan apa? Biar abang handsome ni belanja", Heebin tergelak mendengar bicara Jake. Dia yang hamil namun lelaki itu pula yang terlebih excited!
Dalam diam Heebin mengeluh kecil. Hatinya berharap agar Jay yang ada dengannya saat ini. Namun apa boleh buat jika nasib tidak menyebelahi nya? Sedangkan Jake yang menemani nya ke hospital tempoh hari dan terpaksa berlakon menjadi suaminya untuk menutup malu Heebin.
Dia takut doktor itu mengira nya mengandungkan anak luar nikah.
"Hari ni baby mama nak makan ketam perap dengan mee udon, kek coklat dengan red velvet... arh! Jangan lupa dengan chocolate milkshake, ABC pun nak juga"
Jake pura-pura terkejut, dia memegang dadanya. "Banyak nya! Tak takut gemuk eh?"
Heebin mencebik. Tadi kata boleh minta macam-macam, tapi kenapa harus lelaki itu mengomen sekarang?
"Awak nak anak saya lahir dengan air liur meleleh sampai basah baju?"
Jake tergelak kecil melihat wajah cemberut milik gadis itu. Pipi gebu Heebin dicubit. Comel sungguh Heebin saat ini. Manja nya lain macam!
Apakah ini dipanggil simptom dari kehamilan?
"Okay, mari kita makan banyak-banyak sampai perut meletup"
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...