ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN ! <3
•••
Jay mengurut pelipisnya perlahan, kepalanya berdenyut sangat kuat sehingga rasa pening menguasai keadaan. Bersandar pada kerusi, merehatkan tubuh yang terasa sangat lelah. Dia kurang rehat dan tidak makan dengan teratur.
Bahkan Jay terlihat lebih kurus dengan lingkaran hitam di bawah mata yang kelihatan sangat jelas. Benar-benar menunjukkan bahawa hidup Jay berantakan. Adakalanya Jay berkata pada diri sendiri bahawa ia tidak punya waktu untuk tidur atau melakukan hal lain.
Ya, hidup Jay sangat berantakan sejak Heebin tiada di sisi.
Bingkai gambar yang terletak kemas bersebelahan dengan pasu bunga kecil di atas meja digapai. Mengusap lembut wajah cantik yang sedang tersenyum bahagia sambil memeluk lengannya sayang. Senyuman yang begitu Jay rindukan sehingga lelaki itu tanpa sedar menitiskan air mata.
'Ya Tuhan, dekat mana lagi aku nak cari isteri aku? Sudah hampir tiga bulan tapi aku masih tak jumpa', batin Jay membisik lemah.
Hidup Jay kucar-kacir dan dia hampir gila memikirkan Heebin yang sedang membawa darah daging nya.
Ya, dia sudah tahu dan menyesali perbuatannya yang sungguh tidak bertanggungjawab. Membiarkan isterinya pergi adalah kesalahan yang paling berat di hati Jay.
Jay risau, dia tidak tahu khabar isterinya dan dimana wanita itu berada. Dia tidak tahu jika Heebin tidur di tempat selesa atau tidak? Apakah wanita itu mendapatkan apa saja makanan yang ia idamkan? Atau dimana Heebin tinggal dan dengan siapa?
Jay tidak tahu dan perasaan bimbang mendominasi segenap ruang hati.
Bagaimana kalau isterinya itu tidak baik-baik saja?
Bagaimana kalau isterinya kelaparan?
Ya Tuhan, Jay mungkin benar-benar akan menjadi gila disebabkan rasa gelisahnya.
Pintu pejabat nya dikuak agak kasar lalu seseorang melangkah masuk bersama raut wajah dingin dan tidak bersahabat. Bercekak pinggang lalu melempar sedikit kasar fail biru nipis dengan logo syarikat.
"Park Jongseong kau dah gila?! Kau tinggalkan meeting dengan Tuan Choi?! Kau tahu tak betapa pentingnya projek ini untuk syarikat?! Kalau setiausaha kau tak maklumkan dengan aku yang kau keluar macam tu saja, kau rasa macam mana dengan nasib kita? Kau nak kena pecat ke?!", Jungwon mendengus sebal. Lalu menarik tali leher yang terasa begitu mencekik sehingga saluran pernafasan nya seakan tertahan.
Memandang tidak puas hati pada Jay yang memberi tatapan kosong dan...sedih?
"Maaf...", lirih Jay begitu perlahan sehingga Jungwon hampir tidak mendengarnya.
Jungwon menghela nafas berat. Dia merasa bersalah pula menengking Jay yang sudah jelas-jelas jauh lebih tinggi darjat berbanding dirinya.
Dia tahu Jay salah tapi tidak seharusnya dia meninggikan suara pada seorang pewaris tunggal. Lagipun dia tahu mengapa Jay tidak masuk pejabat sehingga mengabaikan banyak hal termasuk tentang dirinya sendiri.
"Aku dah dapatkan projek ini, kau tinggal semak dan urus hal seterusnya. Aku pergi dulu"
Baru saja lelaki itu mahu memulas tombol pintu, suara sayu Jay menghentikan nya.
"Tolong lah beritahu dimana Heebin. Please, aku merayu pada kau Jungwon. Aku yakin kau tahu dia ada dekat mana", Jungwon terdiam, kaku di posisinya. Suara memohon dan penuh putus asa begitu kedengaran.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...