•CHAPTER 24•

195 39 7
                                    

"Boleh tak awak sayang saya sama besar awak sayang Jake", Heebin tersentak. Perlahan dia menoleh ke arah wajah Jay yang seolah-olah merayu. Lidahnya terkelu—

Apa harus dia jawab?

Ya? Tidak?

Belakang tengkuk digaru perlahan sebelum mata tertangkap pada objek yang terbang indah di langit.

"Eh... Ada orang main layang-layang lah, jom kita cuba", tangan Jay diraih laju sebelum ditarik untuk berlari bersama, menuju ke arah sekumpulan orang yang sedang seronok bermain layang-layang.

Jay hanya menurut, dia tersenyum nipis memikirkan pertanyaan yang masih tidak terjawab.

"Hi, do you wanna try?", penjual lelaki itu menyapa ramah.

Heebin menoleh memandang Jay yang masih dipegang kemas. Mata Heebin bersinar merenung wajah si suami, meminta lelaki itu membelikan satu untuknya.

Jay berdecit halus sebelum bahu Heebin dirangkul kemas. Dia memandang ke arah penjual tersebut dan tersenyum.

"Please give me the most beautiful kite...", Jay berhenti berkata dan menoleh ke sisi. Dia tersenyum.

"...for my lovely wife", Heebin tersenyum suka.

Bukan kerana dibelikan layang-layang, tapi kerana ayat akhir yang terukir di bibir indah seorang Park Jongseong.

"This is the kite you asked for and enjoy your honeymoon", Jay menyambut huluran dari si penjual.

"Thank you", beberapa keping not duit dihulur bersama senyuman sebelum mereka berjalan beriringan menuju ke arah kawasan yang sedikit kurang pendatang nya.

Supaya nanti, layang-layang mereka tidak tersangkut dengan milik orang lain.

"Macam mana nak main ni?", Heebin bertanya perlahan. Dia masih fokus melihat layang-layang bewarna merah jambu bercorakkan bulan yang bersinar terang.

Dahi Jay berkerut. "Awak tak tahu main layang-layang?", Heebin mengangguk.

"Habis tu kenapa nak main kalau tak tahu?", suara Jay yang kedengaran seperti naik marah dengannya membuat gadis berambut light brown itu mencebik.

Nak merajuk lah macam ni!

"Kalau macam tu kita balik hotel saja lah", baru sahaja Heebin mahu pergi, pergelangan tangan nya disambar lembut. Seseorang menahan nya pergi.

Siapa lagi kalau bukan Jay?

Dalam diam, dia tersenyum. Ingatkan jejaka itu mahu membiarkan dia pergi begitu saja.

Heebin menoleh bersama wajah cemberut. Memandang Jay yang seolah-olah diserang perasaan gelisah.

Tapi siapa saja tak gelisah bila pasangan merajuk, en?

"Awak merajuk ke ni? Kalau ya, saya minta maaf, eo? Mari sini saya ajar main layang-layang", layang-layang di tangan Heebin dirampas perlahan.

"Macam ni, awak kena pegang macam ni", tangan Heebin disuruh memegang batang kayu kecil yang dililit dengan benang yang bersambung kemas dengan layang-layang.

Gadis itu sekadar menurut.

"Saya akan pegang layang-layang ni, bila dah sedia, saya akan terbangkan dan awak kawal, araji?", Heebin mengangguk perlahan.

Setiap butir perkataan yang keluar dari bibir jejaka itu, diingat dengan jelas dan baik.

Langkah Jay dibuka sedikit jauh, sesuai panjang benang sambil tangan memegang kedua-dua bucu sisi layang-layang.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now