ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Suno yang dari tadi membelek buku-buku di rak langsung terhenti tatkala dia mendongak dan anak mata nya bertemu sepasang anak mata hitam. Jarak mereka begitu dekat hanya rak saja menjadi pemisah.
Dia melarikan pandangan dari terus menatap Suno dan membelek buku-buku tebal soal perundangan. "Aku rasa kau ada benda nak cakap pada aku? Betul tak Kim Suno?"
Suno meletakkan kembali buku yang sudah berada di genggaman nya. Lalu dia berpeluk tubuh bersama raut yang seolah-olah ingin membunuh. Tajam, sinis dan penuh keangkuhan.
"Wae? Hayeon tinggalkan kau ke Park Sunghoon?", mendengar kan itu, langsung terhenti perbuatan Sunghoon. Buku yang ada ditangan digenggam seerat mungkin. Dia harus sabar kerana itu permintaan terakhir Hayeon tempoh hari.
Ya, Hayeon meminta lelaki itu untuk bersikap tenang dan tidak membuat keputusan yang terburu-buru sehingga akhirnya mendatangkan masalah.
Sunghoon mendongak perlahan lalu tersenyum manis sebaik saja anak mata mereka bertemu lagi. "Mesti kau tak tahu lagi?", melihat wajah terpinga-pinga Suno, Sunghoon melepas tawa kecil. Benar tekaan nya, dia belum tahu apa yang sedang terjadi sekarang.
"Jumpa di kafe bersebelahan kedai ni", Sunghoon langsung melangkah bersama buku yang dari tadi dipegang ke arah kaunter untuk membuat pembayaran. Meninggalkan Suno yang mula dipenuhi tanda tanya.
•••
"Wah!! Akhirnya tahun baru dah tiba", Heebin keluar dari bilik dengan masih berpakaian tidur sambil melompat keriangan ke arah Jay di dapur.
Hilang segala penat nya malam semalam. Seharian bermain di taman tema membuat nya sedikit lelah. Tambahan pula, Jay mengajak nya bermain banyak permainan sehingga dia tidak punya masa untuk berehat.
Tapi bila memikirkan tahun baru telah tiba, dia merasa begitu teruja dan bersemangat. Jay yang lagi menggoreng telur dipeluk dari belakang sebelum dia bersandar dan menghadap wajah tampan Jay. Lelaki itu mengerut melihat mood si isteri yang tampak begitu baik.
"Happy betul awak, ada sesuatu ke?"
Heebin menggeleng. "Aniya, saja happy, harini kan tahun baru... saya nak menikmati pengakhiran tahun ni", jelas Heebin bersama senyuman yang semakin mekar.
Jay hanya tersenyum.
"Erm, Jungwon dan Lynn dah balik Korea ke?", Jay yang baru mengeluarkan pinggan dari kabinet itu menoleh sekilas.
"Belum, Jungwon datang sini memang plan nak sambut tahun baru... wae? Nak ajak mereka sambut tahun baru?", teka Jay.
Heebin mengikut langkah Jay ke meja. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan tepat di hadapan Jay.
"Ya, tak seronok lah kalau kita berdua saja, sunyi"
Jay tergelak kecil membuat kan Heebin sedikit bingung. Dia ada tersalah cakap ke? "Kenapa awak gelak?", Heebin mencebik melihat Jay yang menuang nasi goreng ke dalam pinggan dengan sisa tawa nya. Entah apa yang lucu atau lelaki itu sudah tidak siuman.
"Awak takut sunyi atau awak takut berduaan dengan saya?", Jay memandang nakal wajah Heebin seraya menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...