ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Lee Heeseung, jejaka muda itu menatap sayu ke luar sliding door. Dia duduk memeluk lutut di sisi katil. Bibir nya pucat, tenaga nya semakin kurang dan tubuhnya semakin melemah. Mahu berjalan juga sudah payah.
Walau baru berganjak ke tahap 2, itu tidak bererti alam semesta tidak akan mengambil nya pulang bila-bila masa sahaja. Boleh saja hari ini menjadi yang terakhir untuknya. Aturan Tuhan tiada siapa yang tahu.
Teritikan hujan di awal pagi sedikit sebanyak membuat nya tenang walau cuaca berubah begitu dingin sehingga dia menggigil kesejukan.
Raut Heeseung mula berubah, tiada lagi rasa tenang tatkala dada nya mula terasa begitu sesak bahkan lagi sesak dari sebelum nya. Dia menggenggam erat cadar katil dibelakang nya.
Berkali-kali tangan kanan nya naik memukul dada, mengharap rasa sakit itu akan berkurangan. Namun nihil. Rasa nya menjadi begitu perit sehingga wajah nya naik merah. Nafas nya bagai mahu terhenti.
Heeseung cuba untuk bangun untuk mengambil ubat di atas meja. Namun kaki nya lemah dan dia terjatuh menyembah lantai.
"Uhuk! Uhuk!", dada nya ditepuk lagi. Tersembur darah pekat dari belahan bibir Heeseung, melekat pada karpet bulu berwarna putih. Penglihatan nya mula kabur. Sakit kepala mula menguasai.
Air mata mula melimpah keluar. Tiada kata boleh menggambarkan kesakitan nya. Dia hanya berharap Tuhan membawa nya pergi saat itu agar dia tidak perlu merasakan sakit yang sama.
"Heebin, sakit...", lirih Heeseung sebelum matanya tertutup rapat.
Klerk
"Anak omma jom makan-Heeseung!"
•••
"Tae? Kamu dengar tak apa omma cakapkan ni?"
Lee Taeyong, anak lelaki sulung tanpa taraf yang pasti Keluarga Lee itu memutar bebola mata nya malas. Dari tadi ibu nya menelefon memberitahu hal yang sama.
Dia melihat kuku jarinya tanpa secebis perasaan risau mahupun sedih. Makin suka adalah.
"Ya, Tae dengar. Ada masa Tae pergi melawat Heeseung", ujar nya dengan suara yang dibuat-buat sayu. Dari tadi dia menahan dirinya dari meraung gembira.
Tanpa menunggu balasan dari ibunya itu, segera dia menamatkan panggilan. Telefon dimasuk ke dalam poket seluar sebelum dia kembali melabuhkan punggung di sofa bersama senyum lebar.
"Apa omma kau cakap sampai kau gembira sangat?", Hendery mengerling dari ekor mata. Dia kembali menghirup kopi panas miliknya. Suasana sedikit tenang memandangkan Haeun tidak ada di situ untuk diajak bergaduh.
"Adik aku tu masuk wad awal pagi tadi"
Mengerut Hendery dibuatnya. Dia tidak faham mengapa lelaki itu gembira dengan khabar duka soal adiknya. Bukankah seharusnya Taeyong bersedih?
"Tapi kenapa kau gembira pula?"
Taeyong menjeling. "So kau nak aku meroyan bagai, berlari-lari dekat jalan macam orang tak betul? Memang tak lah... dia memang patut mati lepas buat hidup aku susah... sekurang-kurangnya tidak lah beban kan orang tua aku... hergh! Kenapa lah lahir saja dulu tak mati terus?"
Taeyong menguak rimas rambut lebat nya kebelakangan. Dia begitu sensitif dengan segala hal tentang Heeseung.
Hendery hanya tersenyum tawar. 'Kau memang binatang Taeyong'
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...