•CHAPTER 72•

174 27 9
                                    

Saya skip banyak babak agar lebih dekat dengan penamat

•••

Ding dong!

Heebin yang baru selesai menukar pakaian itu langsung berjalan ke pintu utama.

Wajah manis dan comel menerpa pandangan nya sebaik saja pintu terbuka luas. Automatik bibir Heebin menarik senyum lebar.

"Suno? Buat apa dekat sini? Suno tiada kelas eh petang ni?"

Suno menggeleng seraya melangkah masuk ke dalam rumah Heebin. Mata nya meliar melihat sekeliling. Dalam diam Suno mengeluh tatkala dia terasa rumah besar itu begitu sunyi dan sepi. Tidak sama seperti suasana Krismas lepas yang riuh akan suara Jay dan Jake yang tidak berhenti dari bergaduh.

Lelaki itu berpaling disaat Heebin memanggil namanya. Senyum nipis dihadiahkan.

"Hari ini Heebin pergi klinik kan?"

Melihat anggukkan dari Heebin, senyuman makin mekar di bibir lelaki itu. Lantas lengan Heebin dipeluk.

"Suno nak teman boleh? Lagipun Jungwon ada mesej Suno cakap yang dia tak dapat teman Heebin sebab dia ada mesyuarat dekat Busan"

Heebin sekadar mengangguk.

"Suno tunggu sini, saya nak ambil kunci dengan beg"

•••

Kini Suno dan Heebin lagi duduk di sebuah kerusi kayu di sungai Han. Menikmati suasana petang selepas pulang dari klinik.

"Heebin tak nak beritahu pada Jay tentang baby ni ke? Lagipun dah masuk tiga bulan, lambat laun dia akan tahu dan sedar yang perut kamu semakin membesar"

Suno bersuara tanpa melirik ke arah Heebin. Mata nya masih fokus melihat kanak-kanak yang sedang berlari berkejaran.

"Janganlah risau, doktor kata baby bump ni takkan ketara sampai ia mencecah enam bulan memandangkan saya kurus kering"

Suno mencebik. Bukan itu jawapan yang ia mahu dengar dari Heebin. Lantas dia berpusing lalu duduk menghadap Heebin.

"Bunyi nya macam tak nak beritahu Jay saja. Heebin mungkin Jay tu buat salah besar tapi dia tetap ada hak nak tahu tentang anak dia... tak rasa bersalah ke sebab sembunyikan anak dari ayah?"

Heebin mengeluh kecil.

"Kalau semua perkara tu mudah, ia takkan pernah jadi serumit ini. Saya cuma risau Suno, saya risau saya yang akan tinggalkan Jay dan bukannya dia. Kita tak boleh nampak masa depan itu macam mana. Mungkin sekarang nampak macam Jay yang tinggal kan saya, tapi mana lah tahu saya yang sebenarnya akan tinggalkan baby dan Jay"

Menitis juga air mata dari tubir mata Heebin. Emosi nya benar-benar tidak stabil. Hal remeh juga boleh membuatkan dia dihurung rasa sedih. Perut nya diusap perlahan.

Sudah tiga bulan, tapi Jay langsung tidak tahu akan kehadiran malaikat kecil itu. Malaikat kecil yang masih dalam proses untuk melihat dunia.

Dunia dimana mereka disatukan dan mungkin juga akan menjadi saksi perpisahan mereka kelak. Mungkin saja.

"Kenapa cakap macam tu? Suno tak suka lah", lelaki comel itu mencebik. Hatinya benar-benar benci akan setiap patah kata yang meluncur keluar dari bibir Heebin.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now