•CHAPTER 68•

110 20 1
                                    

Perlahan Areum berdiri dan menyusun langkah ke arah Hendery yang masih kaku di muka pintu.

Anak mata nya tajam menikam iris hitam milik tunangnya. Tangan nya naik dan disilangkan ke dada. Sekelip mata saja raut Areum berubah bengis.

"Tukar baju cepat, saya tunggu awak di ruang tamu", Areum mengarah tegas lalu menolak tubuh sasa Hendery ke sisi, memberi ruang untuknya melangkah ke ruang tamu.

Sempat Hendery merenung Areum yang berjalan santai sebelum bibir nya digigit resah. "Degil!", dengus Hendery sebelum masuk ke dalam bilik dan menutup pintu sedikit kasar.

Areum yang mendengar bunyi hempasan kuat yang datang dari arah belakang menoleh sekilas. Bahu nya diangkat.

Dia tahu Hendery sedang naik darah, tapi peduli apa dia?

•••

"Kenapa awak balik padahal saya dah larang?", Hendery mendekati si tunang. Tempat di hadapan gadis itu diambil. Sempat mata nya menjeling ke arah Areum.

Areum mendongak. "Saya takkan balik kalau awak tak buat hal", santai gadis itu bersuara. Padahal di dalam hati, dia sedang cuba bersabar sehabis baik.

Dahi Hendery mengerut. "Ergh... Saya mana ada buat masalah, jangan mereka alasan Yang Areum"

Areum tergelak sinis. Rambut lebat atas punggung miliknya dikuak kesal ke belakang. "Tak ada? Awak yakin ke?"

Kali ini, Hendery pula yang berdecit sinis. Wajah Areum dipandang. "Saya tak pernah buat masalah sayang", dagu Areum dicuit.

"Saya tak pasti sama ada awak yang tak sedar diri atau saya yang salah menilai awak", Hendery terkaku tatkala suara Areum yang mula berubah sayu belayar di pendengaran nya.

"Cuba awak beritahu terus terang, sekurang-kurangnya saya tahu"

"Awak yakin awak tak tahu?"

Hendery hanya mengangguk santai. Areum mendengus perlahan. Melihatkan wajah tenang Hendery benar-benar membuatnya ingin menarik kuat rambut lebat itu.

"Heebin"

Di waktu itu, Hendery sedikit tersentap. Dia menelan perit ludah sendiri. Sedaya upaya raut kesalnya disembunyikan dengan wajah tenang.

Bagaimana Areum boleh tahu padahal dia sudah berusaha sehabis baik untuk menyembunyikan kebenaran?

Areum tersengih sinis, dari tadi dia memerhatikan halkum milik Hendery yang turun naik. Dia kenal tunangnya, dia yakin lelaki itu sedang resah.

"Kenapa dengan Heebin?", Hendery bernada tenang membuatkan Areum sekali lagi berdecit.

"Macam mana awak boleh bertanya begitu padahal awak sudah tahu?"

Dahi Hendery mengerut. Kenapa Areum terlihat seperti akan meletus? Apakah begitu besar kesalahan yang dia lakukan pada Heebin?

"Kenapa awak nampak marah sangat-"

"Awak tahu tak Heebin sedang hamil dan Jay tinggalkan dia bersama Haeun?"

"Mwo?", Hendery terasa dirinya bagai sudah tuli. Apakah dia tidak tersalah dengar?

Heebin hamil?

Jay bersama Haeun?

"Tak mungkin lah Haeun berjaya rampas Jay", desis Hendery perlahan. Tanpa sedar bahawa Areum sedang mendengar kan bicaranya.

"Jadi awak memang dah tahu?", Hendery tersentak dari lamunan singkatnya. Segera dia mendongak.

Kepala digeleng perlahan. "Saya langsung tak tahu, Areum"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now