"ARGHHHH!!", segala barang di atas meja solek langsung ditolak kuat sehingga semua nya jatuh berderai. Baru saja semua barangan kosmetik mahal itu ditukar 2 hari lalu dan kini ia pecah lagi.
Son Haeun, bekas kekasih Jay Park sedang menggila. Dada nya turun naik menahan amarah. Dia gila! Dia kurang siuman! Dia tidak waras!
Alasan?
Gambar perkahwinan milik Jay dan Heebin yang tersebar luas di media sosial mengganggu pikiran nya, tambahan pula ada ribuan komen yang mengucap ucapan tahniah dan selamat kepada pasangan itu menambah lagi kemarahan yang kian memuncak. Dia benci akan pasangan itu.
Bukan!
Dia hanya membenci Heebin, gadis itu merampas hak nya. Dia mahu Jay, dia ingin kan suami orang!
"H-hiks", dan dengan tiba-tiba, Haeun mula jatuh tepat di tengah-tengah serpihan kaca di lantai. Dia tidak peduli jika kaki nya luka dan berdarah kerana hati nya lagi sakit jika mahu dibandingkan dengan luka yang ada di badan.
Esakan nya kian berkumandang di seluruh ruangan bilik sehingga esakan itu boleh terdengar jelas dari luar. Kepala nya tertunduk.
Klerk
"Tch... Sekarang baru nak nangis? Kenapa tak nangis masa kau pergi tinggalkan dia dulu?...ouh lupa, mestilah kau tak nangis, kau bodoh! Orang bodoh memang selalu lupa nak berpikir panjang", Sunghoon muncul bersama sindiran.
Park Sunghoon, anak lelaki kepada ibu tirinya itu bersandar di muka pintu dengan riak tenang.
Luka?
Tidak, lelaki itu tidak terluka pada tempoh hari. Memang benar adik tirinya itu membaling pasu ke arah nya namun dia lagi pantas mengelak.
Jadi, mohon jangan risau tentang Park Sunghoon dan tambahkan mengutuk Haeun muahhaha-k gurau
Dari hujung mata, Son Haeun menjeling tajam ke arah Sunghoon di muka pintu. Kenapa abang tirinya itu suka sangat masuk campur?
"Diam Park Sunghoon!", nada suara nya mengeras, memberi amaran kepada Park Sunghoon, agar lelaki itu berhenti berkata lagi.
"Diam? Aku rasa kau yang patut diam... menjerit macam orang gila, kau pikir dunia ni milik kau ke? Nak menjerit sana sini... kalau nak menjerit sangat, pergi masuk tanah, tanam diri sendiri lepas tu menjerit sampai ke neraka, itu pun kalau ahli neraka nak kau", langkah langsung dibuka pergi dari situ.
Mahu mengelak lebih awal sebelum ada sesuatu yang terbang ke arah nya seperti yang pernah berlaku.
"ARGHHHHHH! LELAKI TAK GUNA! PARK JONGSEONG! PARK SUNGHOON!", Sunghoon tersenyum sinis tatkala terdengar bunyi deraian kaca. Tch, Haeun benar-benar gila-
•••
"Good morning omma, appa", Jay, menantu Tuan Yoon itu datang menghampiri tiga manusia yang duduk di meja makan, menikmati sarapan. Bibir nya tersenyum lebar. Ini hari pertama nya sebagai seorang suami dan menantu. Jadi mood nya sangat baik hari ini.
Punggung dihenyak bersebelahan dengan Heebin yang sedang menyuap malas nasi goreng. Sedikit pun gadis itu tidak menoleh ke arah si suami. Biarlah, takkan nak hadap 24 jam?
"Morning sayang", tanpa amaran, pipi Heebin menjadi sasaran. Langsung menoleh Heebin ke arah Jay bersama riak wajah yang cuba dikawal. Gila mamat ni!
Perlahan dia melakar senyum paksa sebaik saja tersedar appa nya sedang memerhati tajam. "Morning husband", pipi Jay dikucup sekilas. Tersenyum suka lelaki Korea-Amerika itu diperlakukan sebegitu.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...