•CHAPTER 3•

265 59 16
                                    

[Korea University]

Suno duduk bersendirian di kafe universiti memandangkan sekarang kelas nya baru saja tamat. Niat nya mahu mengulang kaji sebelum pulang ke rumah Heebin.

Dia tinggal di situ untuk sementara waktu menemani makcik dan pakcik nya. Sambil-sambil itu boleh lah meluangkan masa dengan sepupu nya. Tapi itulah, gadis itu lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah, kadangkala keluar bertemu Jake sepanjang hari.

Kepala nya didongak apabila bunyi kerusi kayu bergeser dengan lantai kedengaran kuat. Satu keluhan terbit di bibir nya. Pen dimasukkan ke dalam pencil box sebelum dimasukkan laju ke dalam beg.

Baru saja dia mahu melangkah keluar, satu tangan menahan nya dari pergi. "Suno, saya baru je datang, tapi awak nak pergi pula", gadis itu mencebik manja membuat kan anak muda itu tersenyum sinis.

Pikir boleh pikat hati dia ke macam tu?

"Maaf lah Hayeon, aku sibuk", tangan nya ditarik laju sebelum melangkah keluar dari kafe. Meninggalkan Hayeon sendirian di situ. Gadis itu hanya mampu menghela nafas panjang. Susah benar mahu memikat hati crush kelas sebelah nya itu.

Sejurus saja kaki nya menjejak luar kafe, phone di dalam poket nya bergetar lama. Phone diraih pantas sebelum mata nya digulingkan ke atas. Apa masalah manusia hari ni? Asyik menggangu saja. Pagi tadi Park Sunghoon, baru tadi Seo Hayeon dan sekarang dia pula.

Langkah diberhentikan. Punat hijau ditekan sebelum menyahut malas. "Apa kau nak?!", Suno mendengus geram. Kalau ikut kan hati, mahu saja dia mematikan panggilan itu terus tanpa menunggu balasan dari si dia.

"Jom jumpa, dekat kafe berdekatan universiti kau", suara garau di hujung talian itu membuatkan perasaan Suno menjadi marah tiba-tiba. Segera panggilan dimatikan sebelum langkah disambung menuju ke kafe seberang jalan universiti, dia tahu itu kafe yang dimaksudkan sebentar tadi.

•••

Heebin segera bangun dan mengambil beg tangan nya. Sekarang waktu makan tengah hari. Waktu bahagia semua perkerja pejabat.

Kaki diatur ke luar sebelum pembantu peribadi nya disapa. "Mijin, saya pergi makan kat kafe, awak nak ikut?", Heebin memandang Mijin bersama senyuman nipis nya.

"Eh tak apa, terima kasih saja, ada sikit lagi kerja, dah siap nanti baru turun, cik nikmati lah makan tengah hari", gadis itu menunduk 90 darjah. Heebin hanya mengangguk.

"Okay, tapi jangan lupa makan", gadis itu memesan lembut sebelum turun ke bawah untuk makan.

•••

Selesai berbaris, dulang makanan nya dibawa ke arah meja kosong di hujung cafeteria. Tempat kesukaan nya. Jauh dari pandangan orang lain.

Tak ramai orang pada 15 minit pertama, jadi ada banyak tempat kosong. Sudu diambil sebelum dia mula bermain-main dengan sup panas. Menanti sup nya menjadi sedikit sejuk.

Sedang leka gadis itu menikmati aksi nya, satu suara bariton mengejutkan dirinya.

"Boleh aku duduk sini?", Heebin mendongak. Membulat besar mata nya tatkala melihat gerangan yang baru saja mengambil tempat kosong di hadapan nya. Tanpa izin lagi.

"Heh! What are you doing here?", dia memandang Heebin dengan pandangan bersahaja. "Jay, my name is Jay", Heebin merengus.

"Tak tanya", Heebin membalas spontan. Tertawa kecil jay dibuatnya. Mata Heebin diguling ke atas. Memang tak waras agak nya. Lain ditanya, lain pula dijawab.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now