Bunyi dentuman music di kelab malam membuat gadis cantik berpakaian seksi itu terasa sikit tenang. Arh, inilah kenikmatan duniawi yang tak terkata.
Air vodka diteguk rakus tatkala bibir nya melakar senyum sinis. Pinggang nya terasa dipeluk erat dari sisi. Tak perlu pandang, hidu bau minyak wangi saja dia dapat teka itu sapa.
Tengkuk nya dikucup lembut membuatkan dia tertawa kecil. Geli. Sempat juga dia menjeling sekilas ke sisi, sebelum badan sasa itu ditolak perlahan.
"Jake, stop it. You tahu kan kulit I sensitif. Nanti merah, appa pikir lain pula", Jake disisi tertawa kecil sebelum pipi teman baik nya itu di cubit manja. Tempat disebelah Heebin diambil.
"Yeah, I know Yoon Heebin, kalau Tuan Yoon pikir lain, kita kawin jelah", Heebin tertawa halus. Jawapan Jake memang tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang memang sentiasa dengan perkataan 'kahwin' nya.
"Yah! sayang I tak main-main lah", Heebin berpaling sebelum menggeleng perlahan. "Yes, I know, but I tak nak kawin dengan you, you ganas lah, Jake, takut nanti I tak tahan pula dengan you", kali ini Jake pula yang menggeleng bersama gelak tawa. Dia tahu itu hanya gurauan dari Heebin.
"You baru tolak lamaran I ke ni?", alis Jake dinaikkan, saja mahu mengusik Heebin yang separuh sedar itu. Gadis itu hanya membalas nya dengan gelak tawa.
"You tak nak balik ke Heebin? dah pukul 4:40 pagi ni", Jake bertanya sambil jam tangan rolex diteliti. Bukan apa dia tahu Heebin sudah berada di sini sejak dari pukul 10 malam.
Takut pula dia jika Heebin dimarahi ayah nya. Sudahlah ayah nya tegas dan kuat membebel. Ditakdirkan pula punya anak yang seperti Heebin yang tiba-tiba berubah setelah ditinggalkan teman lelaki nya.
Heebin menggeleng perlahan. Dia tidak mahu balik alang-alang. Biarlah dia pulang pagi sekali.
"Jake?", Jake hanya diam, menanti setiap patah kata yang akan terbit dari bibir merah itu.
"Apa salah I pada Heesung?", Jake hanya mengeluh. Kenapa Heebin sering mengungkit perkara lalu setiap kali mabuk?
Sudah hampir 5 tahun sejak kejadian lepas, namun kenapa sangat sulit untuk Heebin lupa akan itu?
Baru saja gadis itu mahu meneguk lagi air minuman nya, Jake segera merampas cawan dari Heebin. "You dah mabuk ni", Heebin tertawa kecil. Mabuk? Rasanya belum lagi.
Air nya dari Jake dirampas kembali dan diteguk laju. Jake hanya mampu mengeluh. Nampak nya tidak mudah untuk menghalang Heebin.
"Lee Heesung... Lee Heesung... Lee Heesung.. Awak lelaki tak guna, tergamak awak tinggalkan saya macam tu je. Hahaha", Heebin sudah bagaikan orang gila. Tertawa sambil menangis. Pelayan di depan nya juga sudah memberi pandangan lain. Siapa saja tidak akan berfikiran buruk kalau gadis secantik nya boleh meroyan tiba-tiba.
"Heebin, jom I hantar you balik", Jake bangkit dan mengangkat badan kecil Heebin untuk dibawa pergi. Takut pula dia jika Heebin semakin hilang akal.
Belum sampai ke pintu keluar, lelaki kacak itu berhenti melangkah. Satu keluhan terbit di dua ulas bibir itu. Mata nya melilau ke sekeliling. Pandangan nya terhenti pada kerusi kosong di sebelah pintu keluar.
Langkah dibuka ke kerusi itu sebelum tubuh ramping itu diletakkan perlahan. Wajah memerah Heebin direnung sebelum pipi mulus itu disentuh perlahan. Comel.
"Heebin, you tunggu sini, I nak ambil phone I, tertinggal dekat kaunter bar tadi", Heebin hanya mengumam membuatkan Jake tersenyum kecil.
Jake mula mengambil langkah ke meja bar. Entah bagaimana dia terlupa akan phone nya itu.
Heebin's
Kepala ku tertunduk. Sumpah pening nya tak terkata. Hampir setiap hari aku minum tapi kenapa masih rasa pening?
Aku harap sangat Jake datang cepat. Aku betul-betul nak balik rumah, nak tidur.
Aku menoleh ke sisi apabila terasa kusyen kerusi ni mula tenggelam tepat di sebelah aku. Seorang lelaki yang agak segak, berpakaian suit lengkap bersama rambut blonde nya sedang merenung ku bersama senyuman.
Tampan. Itu je aku mampu cakap tentang dia.
Bibir nya merah, mata nya warna hazel dengan kulit putih mulus. Memang lelaki idaman kalau dari rupa. Tapi tak cukup kacak macam Taehyung.
Aku abaikan saja dia disebelah. Mungkin saja mahu duduk di situ.
Baru saja aku mahu menutup mata, pinggang ku terasa dipeluk erat dari sisi.
Aku menoleh lagi ke arah nya bersama pandangan tajam. Berani nya dia peluk aku!
Wajah nya tampak tenang, tiada riak takut walau secebis. Tangan nya ku tepis perlahan. Rasa tak selesa dipeluk macam tu selain dari Jake.
"Kalau nak cari perempuan, cari dekat tingkat atas", aku berkata perlahan memandangkan kami agak dekat. Aku tak tahu kat bahagian mana lucu sampai aku terdengar bunyi tawa halus.
Dia pikir aku main-main ke?
Aku abaikan saja dia sendirian. Baru saja aku mahu menutup mata ku lagi, aku tiba-tiba terasa angin bayu yang ditiup lembut di leher ku membuatkan aku mengeliat kecil. Geli. Jake sendiri tak pernah buat macam tu.
Aku menoleh. Ya Tuhan ku, dekatnya wajah dia pada aku. Sikit lagi hidung kami mahu bertembung. Anak mata nya merenung dalam. Aku tak tahu apa mamat ni nak.
"Kau nak apa?", aku bertanya terus ke topik, tidak mahu membazir masa, lagipun pasti Jake akan datang bila-bila masa saja. Tapi, kenapa lama sangat Jake ambil phone? Ke dia duduk mengurat perempuan tadi?
Aku dapat lihat dia tersenyum sinis. Wajah nya didekatkan pada telinga kanan ku sehingga aku benar-benar dapat merasakan nafas hangat lelaki ini.
"Jom kawin", aku terus menolak badan nya jauh. Wajah nya tampak serius. Aku hanya memberi pandangan kosong. Pura-pura seperti tiada apa yang dia sebutkan sebentar tadi.
Tanpa membalas, aku langsung bangun, mahu pergi dari situ. Belum sempat aku mahu melangkah, tangan kekar itu menarik tangan ku sehingga aku terduduk di atas peha nya.
Aku mendengus tatkala aku cuba untuk bangun lagi. Tapi pinggang ku dipeluk seerat yang mungkin. Aku memandang nya tajam, meminta dia melepaskan pelukan. Namun hanya senyuman sinis yang dibalas.
"Aku ulang lagi, jom kita kawin", aku tersenyum sinis. Tch, baru jumpa dah ajak kawin. Tak betul mamat ni. Aku menggeleng perlahan. Walau mabuk namun aku masih waras.
"Saya ada kenalan yang kerja sebagai doktor psikiatri", dia tertawa kecil. Rambut ku yang terjuntai, di sisir ke sisi telinga.
"Sayang, saya ajak awak kawin bukan minta kenalan doktor psikologi", aku menggeleng lagi. Sah tak betul dia ni.
"Aku rela bujang dari kawin dengan kau", aku segera bangun tatkala melihat Jake yang mula menghampiri.
Sempat juga aku menjeling Jake yang membuat muka tidak bersalah.
Author's
Dia hanya melihat Heebin pergi bersama Jake. Bibir nya hanya mampu menguntum senyum tipis. Tak sangka tidak semudah itu untuk meminta gadis muda itu menjadi isterinya.
"Yoon Heebin... Yoon Heebin, macam mana lah nak dapat kau?", sempat juga dia mengeluh sebelum mula bangkit dan berjalan ke arah member nya yang sedang minum di meja tengah.
Tbc.
So, how chapter one? Is it okay? Btw, please vote k♥.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...