•CHAPTER 45•

174 37 9
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN ♡

•••

"Good morning sayang", Heebin yang separuh sedar itu diangkat supaya bersandar pada kepala katil.

Dia merengek saat terasa Jay cuba membangun kan nya kembali ketika mata nya baru saja terpejam lagi.

Jay tertawa kecil. Comel sungguh Heebin di mata nya. Melihat Heebin dengan baju tidur yang sepadan dengan nya bersama wajah mamai serasa dia adalah lelaki paling beruntung boleh melihat wajah tanpa riasan Heebin di pagi hari.

Bantal yang dipeluk Heebin ditarik, dia mahu Heebin bangun kerana matahari sudah mahu naik walau sekarang baru 8 pagi. Lagi pula, banyak aktiviti mereka mahu lakukan.

"Sayang bangun!", pipi si isteri di cubit kuat. Menyedarkan gadis itu dari terus diulit alam mimpi.

Serta-merta mata Heebin terbuka luas dan tersedar sepenuhnya, cubitan Jay benar-benar berbisa! Terasa kulit nya akan tertanggal. Sakit!

Dia memandang tajam Jay yang sedang tergelak kuat. Perlahan bibirnya memuncung. Bantal guling bersebelahan nya ditarik dan dipeluk sambil dia memerhati saja tingkah Jay yang tidak kunjung berhenti dari ketawa.

"Sudah?"

Langsung mati tawa Jay saat suara Heebin seperti sedang menahan geram. Dia berdehem kecil dan dulang yang diisi dengan sandwic dan susu diletak dihadapan Heebin.

"Sarapan dulu lepas tu kita keluar"

"Keluar? Kem—", belum selesai Heebin berbicara, Jay terlebih dahulu menyuap sepotong kecil sandwic kedalam mulut Heebin.

Jelingan tajam dihadiahkan pada Jay yang beriak tenang. Sandwic dikunyak paksa. Sudah lah dia belum berus gigi!

"Janji temu, mari kita mulakan dari hidupan sepasang kekasih"

Heebin berkerut. Hidupan sepasang kekasih? Kenapa mahu mengikut lagak pasangan kekasih padahal mereka sudah menikah?

Jay menggeleng, dia yakin fikiran Heebin memikirkan hal aneh yang pastinya lebih kepada negatif.

"Maksud saya, mari kita buat aktiviti yang menyeronokkan dalam masa 4 hari ni"

Heebin hanya mengangguk. "Kenapa tak makan?"

"Saya be—", Heebin tersenyum lebar sebaik saja dia selesai menyumbat sepotong sandwic kecil ke dalam mulut Jay. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu kembali.

Jay menjeling.

"Hidup kena adil, saya belum nak makan pun awak dah suap... so, kita seri", bebola mata diputar ke atas. Menyampah.

Baru saja Heebin mahu meminum susu, notifikasi dari telefon bimbit nya menghentikan niatnya. Cawan susu disimpan semula dan segera telefon yang diletak kemas atas meja dicapai.

Dahi nya mengerut tatkala sebuah pesanan ringkas masuk ke dalam peti mesej.

+82 XXXX XXXX
good morning honey❤, enjoy your holidays before you lose it

Buat sementara waktu, Heebin tergamam. Nombor itu berlainan dari nombor sebelum nya, namun dia yakin ia datang dari orang yang sama.

"Siapa mesej?", segera telefon dipadam tatkala Jay mencuba untuk melihat ke dalam skrin telefon Heebin.

Heebin menggeleng bersama senyum kelat yang dilakar paksa. Ini percutian mereka, dia tidak mahu merosakkan mood di hari pertama. Lagipun dia tidak mahu Jay risau.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now