Annyeong yeoreobun!! Happy reading 💋🙇.
•
•
•
•
•Jay, lelaki itu mundar mandir di dalam bilik. Tidak senang duduk memikirkan si isteri masih belum pulang sejak 2 jam dia pergi menghantar Kim Suno ke universiti.
Adakalanya Jay mengerling ke tingkap, menanti isteri 'kesayangan' pulang ke rumah. Bersama perasaan 'sabar', Jay duduk di bangku di balkoni bilik.
Ting!
Telefon bimbit digapai laju. Mungkin Heebin yang menghantar pesanan. Kerutan mula terbit tatkala membaca pesanan ringkas dari seseorang. Dari nombor sama yang menghantar pesanan berbaur ugutan sebelum dia berkahwin.
+82 xxxx xxxx
Mesti kau gelisah sangat tunggu Heebin balik sampai duduk di balkoni?Jay langsung bangun dan melihat ke sekeliling. Kawasan perumahan itu agak sunyi, tiada siapa yang dilihatnya saat ini. Tapi, bagaimana orang ini boleh tahu dia sedang menunggu Heebin di balkoni?
Ting!
Satu lagi pesanan masuk ke telefon bimbit milik Jay Park.
Tak payah susahkan diri cari aku. Kau takkan dapat nampak aku dengan mata yang suci Jay Park!
Rahangnya diketap. Kenapa dia merasa seperti orang ini mahu bermain tarik tali dengan nya?
Siapa kau? Dan apa kau nak?
Jay kembali memandang sekeliling. Masih cuba untuk mencari manusia yang cuba mempermainkan nya.
Ting!
Siapa aku? No need to know. Apa aku nak? Kau mampu ke bagi kalau aku cakap?
Telefon digenggam kuat. Tak guna!
Apa kau nak hah?! Duit?
Jay kembali duduk sambil menanti pesanan yang seterusnya. Dia sedaya upaya menahan marah. Jujur, dipermainkan sebegini boleh buat gila!
Ting!
Aniya. Aku terlalu kaya untuk dapat duit dari kau. Bila tiba masa nya aku akan cakap apa yang aku nak, okay?
Jay Park, suami Park Heebin itu merengus geram. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus kasar. Telefon dicampak ke atas meja. Malas mahu melayan manusia yang tidak berguna.
Ting!
Satu lagi pesanan masuk ke telefon Jay. Lelaki itu cuba untuk mengabaikan pesanan tersebut kerana dia tahu siapa pengirimnya.
Ting!
Phone dipandang datar. Kuku digigit bagi menghilangkan perasaan resah. Dia mahu tahu tapi dia tidak mahu melayan perangai gila figura yang menghantar pesanan kepadanya.
Ting!
Okay! Ini benar-benar gila! Phone diraih pantas. Dia mahu tahu apa yang dihantar kepadanya.
Mesti kau nak tahu mana isteri kau pergi kan?
Okay, memandangkan mood aku baik aku bagi tahu.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...