•CHAPTER 78•

78 21 3
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN!

•••

"Jaehyun-ah...", rengek Lynn. Menatap wajah tampan Jaehyun yang menuntunnya. Adakalanya gadis itu tersenyum malu disaat Jaehyun menunduk dan menatap matanya dalam.

Dia malu ditatap sebegitu oleh lelaki tampan dan sempurna seperti Jaehyun.

"Jaehyun...", lagi dan lagi. Rengekan manja itu terus mengalun indah di telinga Jung Jaehyun membuat lelaki itu tersenyum geli.

"Kenapa?", tanya nya lembut sembari menatap ke arah Lynn yang seakan mahu menjauh darinya.

"Kaki saya sakit...", Lynn menyentuh betisnya dan beberapa saat kemudian, badan nya terumbang ambing dan hampir jatuh. Nasib saja Jaehyun segera memeluk pinggangnya.

Menahan tubuh mungil itu agar tetap berdiri walau kesedaran nya sudah seratus peratus menghilang dibawa alkohol.

"Sabar okay? Kita check in dulu"

Jaehyun banyak kali memujuk Lynn yang merengek akan banyak hal. Bahkan Lynn hampir memutuskan untuk duduk di lantai sambil mengatakan kakinya sakit berulang kali.

Terlalu asyik melayani kerenah puteri sulung keluarga konglomerat itu sehingga Jaehyun tidak sedar bahawa ada mata yang memerhatikan gerak geri mereka dengan begitu saksama.

•••

Niki berjalan dengan agak tergesa-gesa. Tiba-tiba saja lelaki yang bergelar peguam itu mendapat panggilan kecemasan dari anak guamnya yang memintanya datang ke salah satu hotel mewah untuk bertemu. Membuatkan dia harus merelakan waktu rehat malam harinya untuk mencari rezeki.

Herm kesian, malam-malam pun kena ganggu. Tapi itulah kena cari duit kalau niat nak kahwin.

Dalam keadaan mengejar waktu, iris hitam nya menangkap dua figura yang begitu ia kenal. Langkah nya mati, menatap penuh kebingungan ke arah pasangan tersebut.

"Itu Jaehyun dan... Lynn? Apa yang Jaehyun hyung buat dengan kekasih Jungwon?"

Banyak hal negatif yang terbayang di minda Niki. Bagaimana tidak jika dia melihat bakal abang iparnya bersama seorang gadis yang sudah memiliki kekasih berada di hotel dengan keadaan mabuk?

Dengan keadaan Jaehyun yang menuntun lengan dan memeluk pinggang kekasih hati Yang Jungwon itu, membantu nya berjalan menuju ke arah lift.

Mereka terlihat seperti orang yang sudah lama mengenali satu sama lain dan bahkan terlihat sangat rapat.

Dia terus menatap kesangsian ke arah dua insan berlainan jantina itu tatkala mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan.

Meraih telepon bimbit di dalam poket jaket hitam labuh yang ia pakai lalu menelefon seseorang. "Jungwon, aku rasa Lynn curang dengan kau...", ujar Niki sembari terus menatap ke arah bayangan kedua insan yang kini mula memasuki lift.

Melupakan perkerjaan nya sebagai peguam dan tujuan nya datang kesitu. Dispatch mood on!

•••

Haeun termenung, menatap ke arah indahnya kota Seoul di malam hari. Sambil fikiran nya jauh melayang memikirkan tentang Heebin.

Bayangan perut buncit yang dilihat nya tempoh hari begitu menghantui nya. Seakan dia diselimuti ketakutan yang tidak ada kesudahan.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now