Heebin menoleh sekilas ke arah Jake yang sedang menarik hand break kereta(?). Beg tangan Gucci digapai sebelum pintu kereta dibuka.
"Thanks Jake, be careful", lelaki itu hanya mengangguk. Belum sempat gadis itu mahu keluar, tangan Jake lebih pantas menahan nya dari pergi. Heebin menoleh.
"Sayang, you forget something", Heebin tersenyum memandang Jake, faham apa yang lelaki itu maksudkan. Dengan laju bibir merah Heebin melekap pada pipi mulus Jake Sim sebelum keluar dari perut kereta.
Jake hanya tersenyum suka. Sempat juga dia melambai pada Heebin sebelum kereta Audi itu mula meluncur keluar dari perkarangan rumah.
Pintu rumah dibuka. Kaki diatur melangkah ke bilik atas. Belum sempat kaki jenjang itu menaiki anak tangga, satu suara menghentikan perbuatan nya.
"Baru ingat jalan balik?", Heebin tersenyum sinis sebelum badan dipusing ke arah Tuan Yoon yang sedang berada di muka pintu dapur bersama Puan Yoon, tidak lupa juga, sepupu 'kesayangan' Heebin, Kim Suno. Pelajar universiti Korea tahun akhir.
"Ya. Nasib ada Jake hantarkan, kalau tak memang tak balik langsung", Heebin membalas dengan senyuman. Sengaja mahu menaikkan amarah ayah kandung nya itu.
"Kamu ni! Apa dah jadi dengan kamu ni Heebin? Pergi malam pulang pagi. Tak serupa anak dara pun kamu ni. Appa penat tengok kamu yang macam tak ada life! Apa guna kamu belajar sampai master tapi pilih hidup tunggang-langgang", Heebin hanya membuat pandangan kosong mendengar segala omelan ayah nya di pagi hari.
Yeah, seperti yang anda lihat inilah hidup Yoon Heebin, so selamat datang.
Sempat juga mata Heebin menangkap wajah Suno yang memandang nya tajam. Dia tahu lelaki itu memberi amaran agar dia tidak melawan. Tapi amaran itu hanya sia-sia.
"Heebin tak ada life? Tch! Macam lah jadi baik boleh ubah masa lalu", tangan nya mula naik memeluk dada. Memandang ayah nya dengan pandangan bersahaja. Sudah naik merah wajah lelaki tua itu akibat bersengketa dengan anak gadis sendiri.
"Kamu masih berharap Heesung kembali pada kamu? Heebin, dia suami orang. Sedar diri tu sikit", zzup! Darah nya bagai naik mengejut. Rahang nya diketap marah. Tiba-tiba saja angin nya berubah menjadi angin yang perlahan-lahan menjadi taufan. Kedua-dua tangan nya digenggam erat.
"JANGAN SEBUT TENTANG JANTAN TAK GUNA TU! APPA PATUT MARAH PADA DIA SEBAB JADIKAN ANAK DARA APPA MACAM NI! NI TAK ASYIK NAK SALAH KAN ANAK SENDIRI!", segala tengkingan Heebin agak mengejutkan tiga manusia itu. Heebin yang naik dengan penuh amarah itu dipandang tak percaya. Tak sangka Heebin menengking ayah nya sendiri.
Tuan Yoon memegang dada nya yang terasa detak jantung yang berdegup kencang. Boleh mati terkejut dibuatnya. Perlahan-lahan punggung nya dilabuhkan di meja makan.
Nasib saja ada Puan Yoon yang membantu nya duduk sebelum tubuh jatuh terlentang ke belakang akibat masih terkejut dengan sikap drastik anak sendiri. Isterinya itu dipandang penuh kesal. Hanya keluhan yang kedengaran di telinga Tuan Yoon.
"Apa nak jadi dengan anak kita tu sayang?", bergenang air mata Puan Yoon tatkala terkenang akan Heebin. Jauh sekali anak tunggalnya berubah. Suno yang dari tadi diam menyaksikan segala pertelingkahan dua beranak itu merasa simpati pada keluarga sebelah ibunya.
Tangga yang membawa langkah ke tingkat atas itu direnung. Patutkah dia naik dan menasihati Heebin? Atau hanya membiarkan saja gadis itu bersendirian buat masa ini?
Lelaki itu mengeluh dan menggeleng perlahan. Bubur kacang itu dipandang. Hilang selera nya mahu makan. Tak sangka keluarga yang dulunya bahagia hancur hanya kerana anak gadis mereka yang salah memilih cinta.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...