ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
"Mwo?! Jay curang?", Areum meletak kasar cawan teh miliknya sehingga terhasil bunyi lagaan kaca.
Jungwon hanya tenang duduk berhadapan Areum di balkoni bilik. Awalnya mereka bercadang mahu menikmati suasana petang di hari pertama Areum di Korea. Sambil-sambil itu bolehlah berbual.
"Biar betul ni dia curang dengan bekas kekasih dia Haeun? Wah! Muka dia memang dah jelas-jelas macam buaya darat... dasar lelaki tak guna, rasa macam nak bagi dia makan racun nyamuk saja!", ujar Areum bengang.
Kalau Jay ada di depannya sekarang, pasti tangan nya sudah melayang berkali-kali menampar wajah tampan itu. Sakit pula hatinya!
"So, sekarang dah sudi nak jadi buah catur oppa?"
"Areum nak jadi queen", Areum membalas tenang. Cawan teh diangkat kembali lalu menyisip teh panas yang baru dibuat oleh Lynn.
Serentak itu, senyuman lebar mula meleret di bibir Jungwon. Dari tengah hari tadi dia memujuk Areum untuk bersekongkol dengannya namun gadis itu terlalu keras hati mahu bersetuju.
Tapi setelah bercerita tentang rumah tangga Heebin, hati gadis itu berubah serta-merta.
"Oppa!"
Jungwon yang merenung ke arah silauan cahaya senja yang terlindung beberapa bangunan langsung menoleh ke arah Areum. Wajah gadis itu tampak sedikit kecewa dan sedih bersamaan.
"B-betulkah Hendery yang berdiri di belakang Taeyong?"
"Oppa pun mahu berharap bukan dia orangnya"
Areum terdiam. Kedengaran keluhan berat terlepas dari belahan bibir itu. Areum turut merenung ke depan.
"Areum tak pernah faham kenapa Hendery selalu takut jika suatu saat nanti Taeyong tahu perkara yang sebenarnya... kalau Areum tak beria dulu, semua ni takkan berlaku ke? Rumah tangga Heebin takkan hancur?"
Jungwon terdiam seketika. Tiupan angin lembut sedikit sebanyak menenangkan hati dan jiwanya yang sedang serabut. Dia pasti, Areum juga begitu.
"Takdir... semua ini takdir Areum. Semua ni memang dah tertulis sejak dulu lagi, kita bukan siapa-siapa pun untuk halang ketentuan Ilahi"
"Saya... kasihankan Heebin, dia sedang hamil dan antibodi dia tak sekuat yang kita jangka... dia tampak kuat dan keras kepala di luar tapi percayalah, dia wanita yang paling lemah", Areum menyeka air mata yang hampir menitis di pipi.
Dia kasihan kan Heebin, gadis malang yang dulu diharap nya akan mendapat kehidupan bahagia persis puteri di kisah dongeng. Namun ia bertentangan dengan sesuatu yang dijangka nya akan terjadi.
"Sebab itu, oppa dah rancang segalanya"
Areum menoleh, dahinya berkerut. "Apa yang oppa dah rancang?"
Bibir Jungwon menarik senyum sinis. Tangan yang dari tadi memeluk tubuh kini terlepas. Kerusi nya di paling ke arah Areum lalu tangannya diletak ke atas meja dan disatukan.
"Hal pertama kita kena buat ialah jadikan Hendery di pihak kita... oppa yakin kamu satu-satunya orang yang boleh pujuk dia"
Sekali lagi, Areum terdiam. Perlahan kepalanya mengangguk.
•••
Jungwon menolak kasar pintu pejabat Jay. Dia menapak ke arah lelaki itu lalu mengambil tempat di depan Jay.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...