•CHAPTER 58•

154 34 95
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

"Omma... appa, Heebin datang ni", Heebin melangkah masuk ke dalam rumah sendirian.

Puan Yoon yang mendengar panggilan anak perempuannya segera keluar dari dapur dan menghampiri gadis itu bersama senyuman. Sempat Heebin dipeluk nya erat.

"Anak omma... kenapa datang tak beritahu dulu?"

Heebin tersenyum kelat. Bagaimana dia mahu memberitahu jika dia hanya menurut kata hatinya? Dia langsung tidak terfikir akan kesitu, namun tiba-tiba saja dia mahu bertemu orang tuanya waktu dalam perjalanan mahu ke pejabat.

"Heebin tiba-tiba saja nak datang... Rindu nak makan dengan omma dan appa"

"Bagus lah tu... kebetulan kami baru mahu sarapan... tapi kamu belum sarapan lagi ke?"

Heebin menggeleng kecil. "Sudah, tapi lapar balik hehe", gadis itu tersengih kecil. Dia benar-benar terasa lapar kembali walau baru setengah jam lalu dia bersarapan dengan Jay.

Aneh, tiba-tiba lelaki itu mengajak nya sarapan pagi tadi. Namun apa guna mereka duduk semeja jika hanya ada kejanggalan yang menyelit? Heebin tidak selesa, sungguh!

"Herm macam lain saja kamu ni... dahlah jom ke dapur, Suno pun ada di dapur", Puan Yoon melangkah ke dapur diikuti Heebin.

"Good morning appa", pipi lelaki tua itu dikucup nya singkat. Terkejut Tuan Yoon akan tindakan Heebin. Namun anak nya hanya dipandang aneh.

"Good morning cutie", kali ini pipi Suno menjadi sasaran. Langsung terlepas sudu dari genggaman, pipi nya yang tertinggal kesan gincu dilap laju. Riak menyampah dipamerkan.

"Eww, apa masalah kau ni? Mengandung ke sampai buang tabiat"

Heebin hanya tersengih sebelum pinggan yang sudah diisi nasi goreng ditarik. Dengan riang gadis itu menyuap.

"Suami kamu mana?", Tuan Yoon bersuara setelah hampir 5 minit mereka berdiam. Heebin tersentak. Kenapa harus membuka topik soal suami ego nya itu?

"Kerja", Heebin membalas ringkas. Dia mencuba untuk terlihat tenang.

"Rumah tangga kamu okay?", terhenti Heebin dari terus menyuap makanan nya. Dia mendongak perlahan lalu menghadiahkan senyum nipis.

"Okay... Jay layan Heebin baik sangat", Heebin menunduk kembali setelah memberi senyuman paling manis yang ia boleh tunjukkan.

Dia terpaksa menipu demi menjaga nama baik suaminya itu. Lagian mungkin benar Jay berubah kerana dirinya. Tapi apa alasannya?

Suno hanya melihat Heebin. Dari sisi dia boleh melihat Heebin yang tampak sayu. Mahu ditanya tapi pasti kakak sepupunya itu akan berbohong.

"Ehem, bila nak ada baby?", Suno bersuara.

Heebin berpaling melihat Suno yang menjingkit kening nakal. Dia tahu lelaki itu mahu menyakat. Heebin tergelak kecil. Tak sabar sungguh ya Kim Suno mahu punya anak buah?

"Tu tak boleh janji", Suno langsung mencebik.

•••

"Kau ni dah kenapa? Muka macam kena tinggal bini HAHAHA", Jungwon tergelak besar sambil menatap wajah runsing milik Jay.

Terhenti tawa Jungwon tatkala Jay menghadiahkan jelingan tajam. Lelaki itu berdehem kecil seraya membetulkan posisi duduk.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now