•CHAPTER 13•

215 39 26
                                    

Heebin's

Aku menatap cermin sayu. Aku dah bersiap sepenuhnya, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dengan gaun putih dan mutiara yang bertakhta indah di atas kepala.

Hari ni aku nak kahwin, tapi aku rasa macam nak menangis dan lari luar negara pula sekarang. Wajah Jake benar-benar menghantui ku sepanjang malam, aku risau dan rindu kan dia dalam masa yang sama.

Lama aku menatap cermin, memikirkan apa yang akan berlaku selepas ni. Patut ke aku lari rumah? Lepas tu telefon Jake ajak dia lari sekali. Atau patut ke aku kata aku mengandung anak Jake? Tapi kami tak pernah tidur bersama, herm.

Aku tersentak tatkala bahu ku terasa dipaut lembut. Dari pantulan cermin, aku dapat lihat wajah Suno sedang tersenyum lembut. "Heebin, are you okay?", aku menguntum senyum kecil seraya mengangguk.

"Hari ni kan aku jadi ratu, kenapa pula aku tak okay?", aku membalas perlahan. Aku mencuba untuk tersenyum manis meski semua itu terlihat palsu.

"Jangan lah terlalu fikirkan tentang Jake, dia kata dia okay kan tengok kau kahwin dengan orang lain?", aku menghela nafas  sebelum mengangguk lemah. Ya, memang itu yang Jake selalu kata setiap kali aku ajak dia kahwin lari. Tapi itu semua hanya kata dari mulut dan bukannya dari lubuk hati.

"Jake tu cuma menipu, dia cakap macam tu supaya aku tak buat benda bukan-bukan. Aku tahu dia rasa sedih dan kecewa Suno...I know him well", aku berkata perlahan. Dan Suno, hanya tersenyum sebagai balasan. Bahu aku ditepuk nya lembut.

"Kalau dah jodoh tak akan kemana... Tuhan akan beri jalan  jika jodoh kau dengan Jake kuat, Heebin... Aku pun akan sokong kalau betul lah korang ada jodoh", aku tertawa kecil. Suno, dahi dia dah berkerut, mungkin tak faham dengan aku yang tiba-tiba je ketawa.

"Tak sangka eh, sepupu aku yang selama ni asyik nak kutuk Jake Shim tiba-tiba cakap macam tu", Suno tersengih. Belakang tengkuk nya diusap.

"Aku cakap macam tu untuk sedapkan hati kau je, tak lah kau muram sangat atas alta"

"So, kau tak ikhlas lah tadi?", tanpa segan, Suno mengangguk yakin. Mahu saja aku ketuk kepala dia tapi aku padam saja niat tu. Nasib baik dia comel.

"Tapi, aku masih tak suka Jake walau dia jadi suami kesayangan kau sekali pun", aku hanya mengangguk pasrah, aku tahu bukan mudah Suno nak terima lelaki yang berdamping dengan aku, appa aku pun tak macam dia. Pemilih.

"Appa dengan omma mana?"

"Dah pergi dewan, kata nya teman kan menantu sambut tetamu", dan kesekian kalinya, Suno menayang riak menyampah tatkala dia terkenang akan Jay Park, abang ipar Kim Suno. Aku hanya mampu menggeleng kepala.

"Dah lah, jom pergi, nanti lambat pula", baru saja aku mahu bangun, tiba-tiba saja Suno menghulur tangan nya yang bersarung dengan sarung tangan putih di depan aku sambil membongkok sedikit.

"Apa kau tengah buat ni?", soal ku keliru. Dia mendongak sedikit sebelum tersengih kecil.

"Layan kau macam ratu lah... Cepatlah! Lenguh tangan patik ni tuanku, kalau tidak patik batalkan saja niat patik", aku ketawa kecil, boleh tahan bodoh juga perangai Suno ni.

Aku mengubah riak wajah ku agar tampak sedikit dingin. "Tolong hormat beta, kalau tidak, beta sumpah kamu membujang sampai ke tua"

"Yah! Bagi lah sumpahan elok sikit", aku tertawa lagi seraya bangun mengapai tangan Suno. Lengan nya ku peluk erat. Sudah agak lama sejak kali terakhir kami begini. Mesti aku akan rindu keadaan ni nanti. Dan aku pun akan Rindu Jake Shim.

•••

Author's

"Park Jongseong, sudikah kamu—"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now