Fail kerja direnung lama sebelum keluhan mula terbit. Banyak nya kerja nak kena buat! Pelipis nya diurut perlahan. Pening dengan kerja yang bertimbun. Menyesal pula bercuti lama.
Baru saja fail yang memaparkan pelan pemasaran baru itu mahu diambil, phone di sisi fail berbunyi. Layar skrin dipandang. Pesanan dari seseorang. Nombor yang tidak dikenali.
+82 xxxx xxxx
Hey, Heebin buat apa? Free tak sekarang? Jom minum kopiBerkerut dahi gadis itu dibuatnya. Siapa pula ni? Datang-datang ajak minum kopi. Bersama perasaan yang mahu tahu, gadis itu membalas.
Hey, boleh je, tapi siapa ni?
Phone direnung, typing... mesti orang ni tak sibuk. Jari-jemari nya tidak henti bermain di atas meja, menanti pesanan yang seterusnya.
Haha. Mesti saya tak cukup handsome sampai awak lupa. Ini saya lah, Park Sunghoon.
Membulat mata Heebin membaca kalimat yang baru saja dihantar ke telefon pintar nya. Tanpa berlengah, gadis itu segera menekan butang save.
Ouh awak rupanya, maaf lah saya ingat orang lain tadi, jom lah, saya belanja minum kopi, just send me your location.
Segala fail ditutup, kot nya diambil sebelum phone dan beg digapai. Laju saja langkah dibawa keluar.
Seperti biasa, Mijin, gadis itu manusia pertama yang ditegur nya sebaik saja berada dekat dengan meja Mijin.
"Mijin, saya ada urusan, tolong tangguhkan meeting hari ni kepada esok", pinta Heebin. Belum lagi gadis itu menjawab, langkah disambung.
Mijin hanya melihat saja kelibat bos nya itu keluar. Tergesa-gesa juga gadis itu pergi. Kepala nya digeleng perlahan sebelum kembali duduk.
"Bos, bos.. ni mesti kes belum tau khabar angin", bebel Mijin sendirian sebelum komputer dibuka untuk menukar jadual mesyuarat seperti yang dipinta.
•••
Pintu kafe dibuka sebelum pandangan tertumpu pada Sunghoon yang melambai ke arah nya. Dengan laju, dia merapati figura segak itu bersama senyuman.
"Hey, lama ke tunggu?", soal Heebin sebaik saja tempat didepan Sunghoon diambil.
Lembut saja lelaki itu menggeleng bersama senyuman. Heebin hanya sekadar mengangguk sebelum pelayan kafe dipanggil.
"Nak minum apa?", Sunghoon dipandang. Lelaki itu masih meneliti menu.
"Espreso satu", buku ditutup sebelum diserahkan kembali pada pelayan. Heebin hanya mengangguk sebelum buku menu nya juga turut diserah. Pelayan lelaki itu dipandang.
"Beri saya Americano"
Pandangan nya dipusing kembali pada Sunghoon yang duduk bersandar bersama wajah manis nya sebaik saja pelayan tadi pergi.
"So, awak buat apa sekarang?", Heebin bertanya, memulakan perbualan diantara mereka. Segala perasaan kekok yang mula menyelit di antara mereka, dibuang sejauh mungkin.
"Tak ada apa, sambung belajar macam yang family nak, awak pula? Saya ingat awak akan keras hati dan buat apa-apa saja yang awak nak", Heebin tertawa kecil. Nampaknya, satu Korea kenal perangai anak Datuk Bandar Yoon. Atau mungkin seluruh Seoul saja?
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...