ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
"Taeyong?", mata nya terbeliak luas dan tubuhnya seakan-akan terkena renjatan, mengeras dan kaku di situ—
Mendengar bunyi derapan tapak kaki seseorang menaiki anak tangga, Heeseung segera menutup kembali langsir dan berlari masuk ke bilik.
Dia bersandar pada pintu. Dada nya disentuh, dapat dia rasa degupan jantung nya yang berdetak kencang.
Dia mengeluh lega sebaik saja terdengar bunyi pintu bilik dikuak, dan itu pastinya datang dari bilik Taeyong yang berada tidak jauh darinya. Arh, pasti lelaki itu sudah masuk ke bilik. Heeseung tersenyum kecil lalu mengambil langkah ke katil.
Tuk! Tuk! Tuk!
Heeseung hampir terjatuh akibat terlalu terkejut mendengar bunyi ketukan pada pintu bilik nya.
"Lee Heeseung, buka pintu ni!", suara keras Taeyong membuatkan Heeseung kecut perut. Kenapa suara lelaki itu seperti menahan rasa marah?
Dia menarik nafas dalam sebelum menapak perlahan ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas lalu dikuak sedikit luas.
PPAK!
Pintu bilik itu ditendang kuat ke belakang sehingga terkena pada dada kiri Heeseung. Lelaki itu mengerang sakit namun sedikit pun Taeyong tidak mengambil peduli akan kesakitan adiknya. Malah memandang lelaki itu tajam.
"Bila hyung balik sini?", Heeseung bersuara perlahan.
"Kenapa? Kau suka lah aku tak balik? Tahu lah kau macam raja dekat sini tapi jangan lupa yang kau tu dah nak mati", Taeyong berdecit sinis. Heeseung hanya diam dan merenung dinding sambil tangan nya masih berada di dada. Menahan rasa sakit yang masih tersisa.
"Ni, kau buka bilik aku ke tak guna?", Taeyong menunding jari ke arah pintu bilik nya. Heeseung menoleh dan serentak itu dia menelan ludah sendiri. Bagaimana dia boleh terlupa menutup rapat pintu bilik itu?
"Ani... Heeseung dalam bilik dari tadi", Heeseung melarikan pandangan, takut dia mahu menatap wajah bengis Taeyong. Lelaki itu terlihat seperti akan membunuhnya terus jika dia memberitahu hal sebenar.
"JANGAN TIPU LAH!", terhinjut bahu Heeseung akibat dijerkah kuat. Heeseung mengetap bibir. Apa harus dia jawab?
"Kenapa kau berani sangat nak ma—"
"Jangan marah adik kamu, omma yang masuk sebab nak periksa bilik kamu", dua lelaki itu menoleh serentak. Puan Lee berdiri tidak jauh dari mereka dan tersenyum lembut. Dalam diam, Heeseung menghela nafas lega.
•••
Ding Dong!
Heebin keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian biasa. Kemeja licin berwarna putih bersama skirt biru paras lutut. Rambut dilap dengan tuala kecil.
"Siapa datang rumah pagi macam ni?", Heebin mengerling jam di sisi katil. Baru pukul 8 pagi.
Heebin berdecit halus tatkala mata nya tertumpu pada tubuh Jay yang tidak berpakaian di atas katil, hanya ditutupi selimut tebal separuh tubuh. Lelaki itu masih tertidur pulas. Penat mengalahkan dia!
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...