ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Heebin menghadiahkan senyuman manis kepada semua staff yang melaluinya sambil mengucap selamat pagi. Sejak dari hari dia berbaik dengan suaminya, mood nya benar-benar baik. Wajah nya tidak sebeku dulu.
Mengerut dahi Heebin tatkala mata nya terpandang sosok seorang lelaki yang lagi sibuk menyiapkan tugasan di meja setiausaha. Banyak kali dia merenung setiap sudut di aras itu, takut diri tersalah masuk.
Dengan langkah perlahan, Heebin mendekati jejaka tampan yang kemas berpakaian pejabat itu. Dengan rambut merah jambu yang dirapi kemas, sesiapa saja boleh meneka kalau dia seorang setiausaha.
Heebin berdehem kecil, mengalihkan perhatian lelaki itu dari terus menatap skrin laptop. Dia mendongak lalu bingkas bangun dan menunduk hormat.
"Selamat pagi pengarah Yoon"
Heebin mengangguk. Pandangan nya tidak lari dari menatap jejaka di depannya ini atas bawah.
"Awak siapa? Mana Mijin?"
"Saya Hendery, setiausaha baru pengarah... dan Cik Jung dah lama berhenti, mahu dekat sebulan"
Mata Heebin membulat, terkejut dengan kenyataan yang dia baru tahu. Kenapa tiada sesiapa yang memberitakan khabar Mijin kepadanya?
Perlahan Heebin mengangguk kecewa. Dia terlalu sukakan Mijin sebagai setiausaha nya, gadis itu baik dan ceria, tambahan pula dia bukan jenis gadis yang terlalu skema dalam mengatur jadual.
"Ouh okay... apa saya kena buat hari ni?"
"Hari ni jadual pengarah penuh... pukul 9 ada meeting dengan kumpulan rekaan. Tengah hari pula, pengarah kena lunch dengan pengerusi Jung dari Jung's Group. Pukul 1 petang, kena pergi kilang buat pemeriksaan dan pukul 2:30 petang ada mesyuarat tentang projek pembangunan kilang baru sehingga tamat waktu pejabat"
Heebin mengetap bibir. 'Kenapa penuh sangat jadual aku? Mijin urus tak pernah penuh macam ni', gadis itu mengeluh dalam diam. Ingin saja dia meminta jejaka bernama Hendery itu membatalkan semua yang telah diaturkan.
"Arra... tolong bersedia untuk meeting dengan kumpulan rekaan"
Heebin menyambung langkah masuk ke dalam pejabat. Mahu pening dia lihat Hendery. Lelaki itu terlalu skema menurutnya.
•••
"Amboi, lebarnya senyum Tuan Presiden", Jungwon mendekati Jay yang baru melangkah masuk dengan perlian.
Jay menjeling. Lelaki ini seperti mahu merosakkan mood nya.
"Kau nak apa? Tiada kerja nak buat ke? Dahlah ambil cuti sesuka hati"
"Excuse me... aku cuma ambil cuti seminggu eh... kau tu yang bercuti nak dekat sebulan", tempat di hadapan Jay diambil. Kaki disilang kemas bersama tangan yang naik bersilang ke dada. Menatap Jay yang mula menyemak dokumen yang menggunung di atas meja.
"Sekurang-kurangnya aku halal... tak macam kau, bawa anak dara orang sesuka hati", Jay beriak tenang. Dia sengaja mahu menyakit kan kembali hati Jungwon.
Terlepas decitan kuat dari bibir halus Jungwon. Lelaki itu berbicara seperti dia tidak pernah melakukan hal yang sama.
"Ye lah. Aku memang selalu salah, kau saja yang betul"
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...