•CHAPTER 30•

211 38 57
                                    

HAPPY READING YEOREOBUN♡~

•••

"Let's see how far he can go, Niki", usai berbicara, Jake segera melangkah mendekati Heeseung yang baru tiba, meninggalkan Niki yang terpinga-pinga sendirian.

Sudahlah tadi mendapat malu, tapi sekarang ditinggalkan.

"Hai Encik Lee", senyum Jake. Mata nya curi-curi melihat ke susuk gadis yang masih menyembunyikan muka di balik tubuh tinggi lampai Lee Heeseung.

Heeseung menoleh bersama raut dingin sebelum senyum nipis terukir di wajah tampan itu.

"Ouh hai presiden Shim, apa yang presiden lakukan di sini?"

"Tak payah lah panggil saya presiden memandangkan kita tiada urusan kerja... Just call me jaeyun or Jake, may I call you Heeseung?", Heeseung senyum kecil sebelum mengangguk.

Mata Jake teralih kepada gadis di belakang Jake. Sejujur nya, dia bukan mahu menyapa Heeseung tapi hatinya tertarik mahu tahu akan gadis yang bersama lelaki itu.

"Your wife?", teka Jake.

Langsung mati senyum tipis di wajah Heeseung. Dapat Jake lihat halkum lelaki itu bergerak-gerak seperti sedang menahan marah.

Jake silap cakap ke?

"Nope, she is my cousin, Son Haeun", lengan Haeun ditarik agar berdiri di samping Heeseung sebelum tangan panjang Heeseung melingkar di bahu kecil itu.

"Haeun! Jangan buat apa-apa sampai aku datang"

Haeun, nama itu mengingatkan dia akan kata-kata Heeseung tempoh hari. Kepala diangguk perlahan.

'Ni ke haeun?', bisik hati kecil Jake. Dia masih setia mengamati wajah manis wanita yang Heeseung gelarkan sepupu.

"Hi Haeun, I'm Jake", ramah saja Jake menyapa. Tidak lupa akan senyuman manis yang sering lelaki itu tunjukkan.

Haeun mendongak perlahan, melihat lelaki aneh yang tiba-tiba saja datang menyapa mereka. Dia tersenyum nipis sebelum menoleh ke arah Heeseung.

"Heeseung, kita kena pergi", Heeseung menoleh sekilas sebelum menoleh kembali kepada Jake. Senyum tipis dia ukir.

"I have to go Jake", tiada apa lagi lelaki itu mampu lakukan selain dari mengangguk, membiarkan saja dua sepupu itu berjalan pergi. Masuk ke bilik pengebumian.

Terhinjut bahu Jake tatkala sepasang tangan memaut perlahan bahu nya. Jake menoleh dan wajah tanpa riak Niki menyapa pandangan.

"Samchun suruh kita datang rumah", berkerut dahi Jake mendengar apa yang sepupu asal Jepun nya itu bicara kan. Datang rumah? Setahu ya ayah nya bukan jenis menyuruh nya datang ke rumah selagi masih jam berkerja.

"Wae? Ada sesesuatu dah jadi?"

"Keluarga Mijin", Niki bersuara dingin. Naik seram Jake dibuatnya dengan tingkah Niki yang tiba-tiba saja berubah. Selalunya lelaki itu akan tersenyum setiap kali nama tunang nya terpacul di bibir.

Tapi kali ini tidak. Wajah nya tampak dingin semacam.

"Kenapa dengan keluarga Mijin?"

"Keluarga dia..."

"Keluarga dia..."

"Keluarga dia..."

"Baik kau cakap cepat sebelum gambar kau pula dibingkaikan macam gambar Yeonjun", Jake yang sudah hampir hilang sabar itu bercekak pinggang. Alis tebal dijingkit tinggi.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now