•CHAPTER 71•

116 24 4
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN ❤️

•••

Bunyi lagaan pinggan kaca dan sudu menjadi penyeri dalam ruangan yang sunyi dan sepi. Langsung tidak ada yang mahu memulakan perbualan.

Jay dengan dunianya dan Haeun yang ego tidak mahu menyapa dahulu setelah kejadian tempoh hari. Dia masih sakit hati apabila Jay langsung pergi setelah dia dimalukan oleh Jungwon.

"You tak nak tanya I okay ke tak ke?", Haeun meruntuhkan keheningan antara mereka.

Ton suara yang berat bernada merajuk itu tidak sedikit pun menganggu Jay. Lelaki itu masih fokus bermain dengan nasi di dalam pinggan.

Dengusan kasar Haeun kedengaran. Tangan Haeun mula naik dan menghentak meja kuat sehingga mematikan lamunan Jay.

Kepala didonggak, menatap Haeun tanpa rasa bersalah. Sikap Jay yang seakan polos dan tidak tahu apa-apa itu membuatkan Haeun semakin geram.

"You ni! Apa you fikir sampai I panggil you pun you tak dengar?"

Dahi Jay mengerut, hairan. Apa yang wanita itu mahu marahkan sangat?

"Kau ni dah kenapa nak melenting tiba-tiba pula?"

Haeun mendengus kasar. Sudu dihentak kuat ke atas meja.

"Sudah lah! Daripada bercakap dengan you ni lebih baik I bercakap saja dengan pasu bunga dekat luar tu"

Bunyi kerusi kayu yang terseret kasar kedengaran kuat. Haeun menghadiahkan pandangan tajam, seakan-akan dia akan menyiat kulit Jay pada saat itu juga.

Kaki dihentak protes, meninggalkan ruang dapur yang kini hanya dihuni oleh Jay. Namun, lelaki itu masih tenang memerhati tanpa secalit perasaan bersalah di hati.

"Bagus lah tu, bercakap saja dengan bunga atleast ada alasan nak hantar kau ke rumah sakit mental", Jay bergumam sendirian.

Air kopi diteguk perlahan sebelum dia bangkit lalu kot hitam yang disidai atas kerusi diambil.

Sempat mata nya mengerling ke arah Haeun yang duduk bersilang di sofa ruang tamu tanpa memperdulikan dirinya yang akan turun berkerja.

"Haeun sayang, aku turun kerja dulu eh", Jay bersuara seraya memakai kasut kulit mahal hadiah perkahwinan dari ayahnya.

Haeun hanya diam. Matanya hanya fokus pada skrin telefon, seolah-olah hanya dia saja di situ.

'Herm kalau bukan sebab kau cantik memang dah lama aku tolak jatuh parit' , Jay berdesis. Mata nya menjeling wanita itu sebelum melangkah pergi.

•••

Baru saja pintu kereta dibuka, sebuah kereta Audi hitam dipandu masuk ke dalam perkarangan rumah. Dahi Heebin mengerut, hairan.

Kereta itu terlihat begitu asing di matanya.

Lapisan pada dahi semakin menambah tatkala seorang jejaka tampan melangkah keluar dari perut kereta. Dengan kot hitam bersama rambut berwarna coklat kehitaman berjaya membuat wanita itu terpaku. Kagum.

Dari segi pakaian, lelaki itu terlihat seperti anak dari keluarga bangsawan.

"Selamat pagi pengarah", Hendery tersenyum manis seraya membutangkan butang kot hitam miliknya.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now