ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Heebin terus melangkah keluar dari situ setelah bayangan Jay dan Haeun tidak lagi kelihatan. Jungwon tanpa berlengah langsung mengikut jejak langkah Heebin.
Kemana wanita itu mahu pergi juga dia tidak tahu. Dia hanya risau akan keadaan keselamatan Heebin. Dia takut Heebin bertindak yang bukan-bukan.
Maklum lah wanita hamil hormon dan emosi nya selalu tidak seimbang.
Heebin melabuhkan punggung di kerusi panjang yang terdapat di taman berdekatan pusat beli-belah. Wajah nya ditekup dengan kedua belah tapak tangan.
Jungwon berhenti tidak jauh dari Heebin. Dia mengeluh kecil disaat terdengar bunyi esakan halus. Langkah disambung ke arah gadis itu sebelum tempat di sebelah Heebin diambil.
Belakang tubuh Heebin ditepuk lembut. Walau dia tidak dapat menyembuh kan luka di hati wanita itu setidaknya dia boleh melegakan sedikit kesakitan Heebin.
"Heebin-ah gwaenchanayo", pujuk Jungwon.
Heebin mendongak sebelum berpaling ke sisi, menatap Jungwon yang tersenyum nipis bersama juntaian air mata. Tanpa amaran, tubuh lelaki itu dipeluk erat dan esakan nya kembali nyaring.
Jujur, Jungwon sedikit terkejut dipeluk secara mengejut oleh Heebin. Namun dia mula memahami kalau Heebin bertindak mengikut hati dan bukannya akal fikiran.
Jungwon mendakap erat tubuh mungil itu lalu belakang tubuh Heebin dielus nya lembut berkali-kali.
"Heebin-ah jangan nangis... kamu kena kuat dan tunjukkan pada Jay bahawa dia adalah lelaki paling bodoh sebab buat kamu macam ni"
"Jungwon-ah... na otteokhe?", tersedu-sedu gadis itu bersuara. Dia tidak mampu menahan air mata nya dari terus mengalir.
Jungwon melepaskan pelukan. Ditatap nya lembut wajah merah milik Heebin. Air mata masih lagi setia mengalir di pipi gebu itu. Sedih pula Jungwon melihatnya. Terasa seperti dia melihat adiknya menangis.
Air mata Heebin dikesat. Bahu gadis itu digenggam kemas.
"Listen, saya akan tolong awak... tapi dengan satu syarat"
Heebin hanya diam di tempatnya. Memberi ruang untuk jejaka itu bersuara.
"Don't cry every time you see jay with Haeun ... please don't give up until it's time... can you promise me?"
Heebin mengangguk. Jungwon tersenyum. "Bagus... jangan nangis walau apa pun... saya akan tolong awak dengan cara saya Heebin"
Sekali lagi, Heebin mengangguk.
Agak lama mereka berdiam sebelum masing-masing dikejutkan dengan deringan telefon bimbit dari dalam poket coat bahagian dalam Jungwon.
Dia mengerling Heebin sekilas. Memberi isyarat agar wanita itu menunggu.
"Eo? Areum wae?", telefon melekap kemas pada telinga.
"Dah sampai? Kamu tunggu dekat lapangan terbang, oppa ambil kamu dalam 35 minit"
"Arra! JANGAN LAMBAT YANG JUNGWON... KAKI PUTERI RAJA NI SAKIT NANTI", Jungwon menjauhkan sedikit telefon dari telinganya tatkala adik nya menjerit di hujung talian. Mahu tuli dibuatnya.
Jungwon tertawa kecil. "Baik boss!", panggilan dimatikan lalu telefon bimbit itu disimpan kembali.
"Siapa?", Heebin menyoal. Hairan dia dibuatnya apabila Jungwon tersenyum begitu lebar setelah berkomunikasi dengan seseorang di talian.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...