•CHAPTER 61•

145 31 27
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

Jungwon melangkah masuk ke dalam rumah nya bersama Lynn. Sejak Jay menikah, dia memilih untuk tinggal bersama kekasihnya di apartmen gadis itu. Walau sedikit jauh dari pejabat tapi itu tidak membebankan nya. Setidaknya, dia tidak kesunyian dan pada masa yang sama, dia tidak perlu risau akan keselamatan kekasihnya.

Jungwon melepaskan tali leher dan coat hitam miliknya lalu dicampak ke atas meja kaca di ruang tamu. Punggung dihenyak pada sofa. Dia mengeluh kecil lalu meraup wajahnya kesal.

"Tak guna! Makin teruk saja jadinya", dengus Jungwon.

Sekali lagi wajah nya diraup penuh rasa kesal. Mahu saja dia bertindak seperti lelaki tidak matang. Nasib dia sedar umurnya sudah 26 tahun.

Jungwon bersandar, kepala nya diurut. Cuba menenangkan dirinya dari terus dibelenggu perasaan negatif. Dia tidak mahu marahnya semakin menjadi dan akhirnya orang sekeliling yang terkena lampiasnya.

"Huh, orang tua tak guna"

"Awak okay? Mood awak macam tak baik", Lynn mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Jungwon langsung berpusing dan duduk bersila di atas sofa. Ditarik nya lengan gadis itu agar duduk berhadapan dengannya.

"Jungwonie wae? Awak macam tak sihat. Kenapa muka pucat ni hurm?", pipi Jungwon ditekup. Dari tindakan jelas sekali gadis itu sedang risau. Terkejut dirinya saat melihat wajah Jungwon yang sedikit pucat.

Jungwon mencebik. Tangan Lynn ditarik nya lalu digenggam kemas. "Saya okay... saya stress sikit sebab kerja banyak"

"Kalau macam itu, saya ambilkan awak ubat", baru saja Lynn mahu bangkit, tangan nya kembali ditarik sehingga dia terduduk semula. Jungwon menggeleng kecil.

"Saya okay, saya cuma nak tidur dan berehat... ada awak di sisi saja pun saya boleh sembuh", Lynn tersenyum lembut.

Dia berganjak sehingga ke hujung sofa sebelum paha nya ditepuk lembut menyuruh lelaki itu berbaring di situ. Tanpa berlengah, Jungwon langsung merebahkan kepalanya di atas riba Lynn. Dia tersenyum lebar, hatinya selalu senang dekat dengan gadis muda bernama Lynn itu.

Dan seperti kebiasaannya, Lynn akan bermain dengan anak rambut Jungwon. Bersantai dalam posisi seperti itu sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian mereka. Jungwon yang manja dan Lynn yang lemah lembut.

"Lynn?", panggil Jungwon, matanya masih terpejam rapat. Menikmati sentuhan gadis itu.

"Wae? Awak pening kepala? Ke nak makan snek?"

"Aniya..."

"Habis tu?"

Perlahan Jungwon kembali membuka mata. Serentak itu, iris mata mereka bertemu.

"Awak nak jumpa adik saya?", Jungwon bertanya lembut.

Sudah tiba masanya dia harus menceritakan latar belakang keluarga nya yang sebenar. Dia tidak mahu gadis itu menunggu terlalu lama jika hubungan mereka sudah berada di tahap yang tinggi. Lambat laun Lynn akan tahu wajah di balik topeng yang ia kenakan.

Dahi Lynn mengerut. "Sejak bila awak ada adik? Bukan awak anak tunggal?"

Jungwon berdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan percakapan. Dia takut jika tersilap bicara akan mengundang salah faham besar dalam hubungan mereka.

Dia tidak mahu hubungan mereka sama retak seperti rumah tangga Jay dan Heebin.

"Saya bukan lelaki biasa seperti yang awak bayangkan", Jungwon bersuara perlahan. Dia masih memberanikan diri untuk menatap iris coklat milik Lynn. Dia mahu kekasihnya tahu betapa jujur hatinya saat ini.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now