ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Heebin dan Jay, pasangan suami isteri itu lagi sibuk menikmati suasana taman sambil mengayuh basikal.
Hampir 4 jam mengajar Heebin agar gadis itu boleh mengimbangi tubuh di atas basikal dan akhirnya usaha mereka membuahkan hasil. Lihatlah dimana mereka saat ini, berbasikal di taman seolah-olah taman itu kepunyaan mereka.
Heebin yang tiba-tiba berhenti itu membuatkan Jay yang berada di belakang nya turut berhenti. Heebin turun dari basikal diikuti Jay dari belakang.
Punggung dilabuhkan di atas tembok yang separa pinggang.
"Kenapa berhenti? Kan dah nak sampai", tempat di sebelah Heebin diambil.
"Kita berehat lah dulu... Dari tadi kita kayuh basikal. Penat", rungut Heebin. Tangan nya naik mengipas-ngipas wajah putih yang kini merona merah kerana kepanasan.
Jay hanya mengangguk. Melihatkan baju Heebin sedikit basah dan leher nya masih mengalirkan peluh, segera Jay menyeluk poket mencari sesuatu.
"Pusing", tanpa menanti Heebin, tubuh kecil itu langsung di pusing. Terkejut Heebin diperlakukan begitu namun perlahan bibirnya menarik senyum lebar tatkala merasa rambut nya disikat lembut sebelum diikat rapi.
Selesai saja, Jay menarik keluar sehelai sapu tangan yang ia bawa di dalam beg. Sekitar leher Heebin yang dihujani peluh dilap. Membuat kan Heebin terasa dingin akibat ditiup angin lembut.
"Terima kasih", Heebin kembali berpaling bersama senyum lebar. Jay mengangguk seraya menyimpan kembali sapu tangan ke dalam beg.
Mereka duduk di situ sambil menikmati suasana damai dan menenangkan. Angin bertiup lembut dan cuaca begitu baik. Agak sunyi sebelum Heebin mula bersuara tatkala bayangan seseorang tiba-tiba saja menerobos masuk ke dalam minda.
"Awak...", Jay berpaling dan anak mata mereka bertemu.
"Wae?"
"Saya nak tanya sesuatu, boleh?", pinta Heebin. Jay mengerut melihat Heebin yang seperti ragu-ragu mahu bertanya.
"Sure, tanya lah apa-apa saja"
"Son Haeun"
Jay tersentak saat sebaris nama itu meniti di bibir Heebin. Jay sangka isterinya itu akan terus melupakan soal Haeun sejak kali terakhir dia bertanya pada malam Krismas. Tetapi bukan itu membuatkan Jay sangsi namun bagaimana Heebin boleh kenal akan Haeun?
Dia tidak pernah berbicara tentang Haeun jauh sekali jika mengajak gadis itu bertemu bekas kekasih nya 3 tahun lalu.
Air muka Jay yang berubah tadi cepat-cepat dikawal. Dia mencuba tersenyum walau sebenarnya terasa begitu payah. Sulit mahu berbicara tentang topik yang memang diharap tidak akan pernah muncul lagi.
"Kenapa dengan dia? Tiba-tiba saja sayang tanya pasal dia"
Heebin tersenyum nipis. Kepala digeleng perlahan sebelum raut nya kembali serius. Semakin gementar Jay dibuatnya. Perasaan mahu tahu nya kian membuak-buak.
"Masa saya di supermarket tempoh hari, saya terjumpa Haeun... dia kata yang awak ni—tak apa lah, saya tak nak tahu pasal dia... tak penting", Heebin tersenyum singkat.
Lantas tangan Jay ditarik supaya lelaki iu turut sama berdiri. "Kajja, kita sambung balik"
Jay sekadar tersengih sebelum dia kembali duduk di atas basikal milik nya. Baru saja Jay mahu kembali mengayuh basikal, meneruskan perjalanan mereka, Heebin segera menahan.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...