•CHAPTER 54•

190 33 21
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

"Heebin!", Heebin langsung menolak tubuh Heeseung sekuat hati sehingga jejaka itu terdorong ke belakang dan menjauh darinya—

Heebin menatap resah figura tampan yang melangkah mendekati nya bersama wajah bengis. Tangan nya direntap kasar lalu tubuhnya dibawa ke belakang, disembunyi kan dari Heeseung.

"Apa kau buat ni Lee Heeseung?", dia bernada dingin.

Heeseung tersengih sinis sambil tangan diseluk kemas ke dalam poket seluar. Aish, sikit saja lagi dan bibir mereka akan bertemu. Kenapa harus lelaki itu tiba pada saat-saat genting?

"Wae? Heebin pernah jadi milik aku, jadi tak salah kan?"

"Mwo? Kau tahu tak dia bukan milik kau lagi?", mendengar kan pertanyaan itu, Heeseung tergelak besar. Anak rambut yang menutup kening, dikuak ganas.

"Dia pun bukan milik kau Jake Shim! Dia isteri Jay, jadi kita sama-sama kosong. Betul tak?", Jake mengetap bibir kuat. Geram dan kesal akan kata-kata Lee Heeseung.

"Jake, mari lah kita pergi... jangan cari fasal dengan Heeseung, kita di majlis orang ni", bisik Heebin yang masih berselindung di belakang Jake. Dari tadi tangan nya menggenggam erat hujung coat lelaki itu agar Jake tidak bertindak memukul Heeseung.

Dia bukan mahu memenangkan Heeseung, dia cuma tidak mahu buat kecoh.

Lelaki itu hanya mengeluh kasar lalu tangan Heebin ditarik nya dan dibawa kembali ke dewan. Meninggalkan Heeseung yang hanya menatap kepergian mereka dengan senyum.

"You will leave everything for me soon Heebin", Heeseung tersenyum sinis sebelum menapak pergi dari situ.

"Jangan yakin sangat Heeseung", Taeyong yang dari tadi bersembunyi di balik dinding berdekatan mereka, memerhati jelas situasi dari awal tersenyum sinis. Dia keluar lalu bersandar, melihat belakang tubuh Heeseung yang sudah menjauh.

•••

Heebin duduk termenung di balkoni bilik. Kejadian tempoh hari masih segar diingatan nya. Banyak persoalan yang menerpa kotak fikirannya.

Bagaimana Heeseung boleh ada di situ padahal semua orang di situ datang dari keluarga berada?

"Dia kata appa dia pekerja biasa... tapi macam mana dia boleh masuk? Takkan lah dia—Aish tak mungkin dia tipu aku dulu", Heebin menggeleng banyak kali. Cuba membuang bayangan Heeseung dari terus-menerus menghantui nya.

Buat masa ini, dia mahu percaya bahawa Heeseung tidak pernah membohongi nya. 5 tahun mereka bercinta, tidak mungkin Heeseung mahu merahsiakan status sebenarnya.

Pertama kali dulu Son Haeun, dan sekarang pula Lee Heeseung. Dia tidak tahu mengapa, tapi firasat Heebin kuat menyatakan dua manusia itu berkait satu sama lain.

"Sayang?", terhinjut bahu Heebin tatkala tubuhnya didakap erat dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Jay?

Lelaki itu sering memeluknya dari belakang. Hampir setiap hari! Jika Jay bukan suami nya, pasti lelaki itu sudah ditolak kuat sehingga jatuh tersungkur di lantai.

Jay meletakkan dagu di atas bahu Heebin dan mengucup leher gadis itu sehingga Heebin merengek geli.

"Janganlah... susah nak buang nanti", rungut Heebin. Jay terkekeh. Tiba-tiba saja dia teringat kembali akan tanda merah yang sampai sekarang masih segar di dada Heebin.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now