Seperti yang dijanjikan :
#sunghoontabah2021 #suyeoncouple #tutupmataberjemaah #jaypenggodabersiri #teamsingleforeva
#sapacepatdiadapat
#saveauthorlynn2021 #jungwonhelpme
#sunomiliksaya
#savesunghoonpt22021
#flipsunghoonberjemaah
#jaybukanbiashe²Ni saya ambil random, yang saya ingat je😂ada lagi tapi malas nak taip🙊and abaikan typo, Thank you💋
HAPPY READING♡~
•••
Ding dong!
Ding dong!
Ding dong!
Ding dong!
Ding dong!
Loceng rumah Mijin ditekan banyak kali. Dia tahu gadis itu ada di rumah memandangkan dia datang ke pejabat dan dikatakan bahawa tunang nya lagi cuti rehat tiga hari.
Bersama perasaan geram yang dari tadi asyik ditahan, loceng rumah Mijin ditekan lagi.
"Ye kejap", suara nyaring Mijin kedengaran dari dalam rumah. Bersama wajah masam, Niki menunggu pintu untuk dibuka bersama tangan yang disilang ke dada.
Marah?
Tentu saja dia marah.
Klerk
Wajah polos Mijin menyapa sepasang mata indah Niki. Dengan rambut yang masih basah bersama hoodie over size yang menampakkan paha putih Mijin sedikit sebanyak membuatkan Niki hampir tergoda.
Namun dia datang untuk merajuk dan dipujuk! Jadi, dia akan abaikan walau seseksi apapun tunang nya itu.
"Eo Niki? Kenapa awak datang? Tak ada perbicaraan ke?", tanpa menjawab apa-apa, Niki langsung masuk ke dalam. Sempat juga bahu Mijin dilanggar dengan sengaja. Tapi tidak lah sekuat mana hingga mampu membuat kan wanita kesayangan nya itu jatuh tersembam.
Walau marah, dia masih sayang! Itulah kelebihan Niki di hati Mijin.
Berkerut dahi Mijin dibuatnya. "Kenapa dengan dia tu?", gumam Mijin perlahan sebelum pintu ditutup dan melangkah mendekati Niki yang duduk goyang kaki di ruang tamu.
Dengan kaki yang disilang ke atas meja kaca dengan tangan yang masih bersilang ke dada bersama wajah cemberut cukup jelas untuk membuatkan Mijin faham keadaan sebenar lelaki itu.
Tapi apa puncanya?
"Kenapa datang rumah tiba-tiba, sekarang kan masih waktu bekerja?", soal Mijin, lembut.
Niki menjeling sebelum kembali menatap kaca gelap televisyen, mengabaikan Mijin yang duduk di sebelah.
"Okay, saya tahu awak marah kan sesuatu tapi apa?", lengan lelaki itu dipaut. Namun tetap saja sama. Mijin hanya di jeling.
"Kalau awak tak cakap, manalah saya nak tahu", mendengarkan itu membuatkan Niki berdecit halus. Tangan Mijin ditepis sebelum kaki diangkat dan bersila menghadap Jung Mijin.
"Betul-betul tak tahu atau pun awak pura-pura tak tahu?", kening dinaik tinggi, namun jawapan Mijin yang sekadar angkat bahu membuatkan Niki mendengus perlahan.
Mijin ni memang tak faham perasaan orang lah!
"Saya buat apa?"
"Tch! Saya malas nak cakap dengan awak, jangan cari saya sampai awak tahu jawapan nya", baru saja Mijin mahu bersuara, briefcase di atas meja digapai sebelum langkah besar di buka ke arah pintu.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Hayran Kurgu©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...