Ting!
Phone nya dipandang lagi.
Jake❤:
I think we need to talk?Dia kaku. Jake.. sudah tahu? Habis lah.
Klerk!
Tangan nya yang sedang menggigil memegang erat telefon peribadi miliknya disembunyikan di belakang badan tatkala Kim Suno melangkah mendekati Heebin.
"Kau okay tak ni?", Heebin cuba tersenyum dan mengangguk banyak kali. Dia cuba menyembunyikan segala perasaan gusar. Padan dengan muka nya sekarang, mahu sangat ikut kehendak orang tua.
"Samchun suruh turun cepat. Kononnya tak nak bakal menantu tunggu lama", Suno menggulingkan bebola mata nya tatkala teringat riak bangga yang terpapar di wajah Jay saat ayah Heebin memanggil nya menantu. Menyampah.
Semua lelaki yang berkenalan dengan Heebin, tiada satu yang dia berkenan. Dari Lee Heesung pada Jake Sim kemudian pada Park Sunghoon dan sekarang Jay Park.
Heebin mengangguk sebelum memberi isyarat pada Suno agar jejaka itu pergi. Sempat juga Suno menjeling sebelum keluar. Jujur, dia tahu keadaan Heebin sekarang. Sepupunya itu tersepit di antara dua keadaan.
Keluhan berat dilepaskan sebelum mesej dari Jake direnung lama. Apa patut dia buat sekarang?
Let's meet and I'll tell you the truth. Jeongmal mianeyo.
Sekali lagi, Heebin mengeluh. Hati nya diburu perasaan bersalah. "Maaf Jake"
•••
Jay dan Heebin, bakal pengantin itu sedang melangkah masuk ke dalam sebuah butik pengantin.
Gaun pengantin yang bergantung di sana sini di pandang kosong. Tak ada minat nak cari gaun. Mungkinkah sebab Yoon Heebin tidak ikhlas menikahi anak keluarga Park itu?
Dia masih gelisah memikirkan soal Jake. Dia masih mahu tahu apa yang sedang lelaki itu rasakan. Tapi dimasa yang sama, dia agak takut untuk memikirkan reaksi lelaki Aussie itu nanti.
"Eh, kau okay tak ni?", Heebin tersentak tatkala Jay memetik tangan nya beberapa kali di depan wajah Heebin. Dia memandang ke arah Jay dan seorang pekerja wanita yang turut memandang ke arah nya.
Dia mengangguk sebelum tersenyum nipis. "Yes I okay, jomlah pilih gaun cepat", Heebin langsung berjalan meninggalkan Jay dibelakang dan meluru ke arah rak pakaian.
Jay's
Aku merenung Heebin yang sedang membelek-belek gaun pengantin bewarna putih. Dari tadi, aku perasan akan raut wajah dia. Dia tak okay dan aku tahu tu.Aku tahu yang dia tengah fikir pasal Jake Sim, kekasih kesayangan Yoon Heebin. Lelaki aussie yang agak tampan dan juga terkenal.
Bukankah dia patut lupakan Jake memandangkan dia nak kahwin dengan aku?
Entah apa yang bagus dekat Jake sampai dia boleh sayang lelaki tu lebih dari kawan. Nampaknya aku kena kongsi perempuan yang sama dengan lelaki yang aku langsung tak suka.
Herm, mesti Heebin lebih kan Jake dari aku bila dah kahwin. Nasib baik Republik Korea tiada istilah poligami kalau tak memang kongsi isteri lah aku. Eh merepek pula.
"You termenung apa? Tak nak pilih baju ke?", aku tersentak apabila suara Heebin kedengaran agak kuat dan keras. Sejak bila pula dia ada kat depan aku?
"Arh nak pilih lah ni", aku menjawab. Heebin sedang memegang sehelai gaun putih sebelum diserahkan kepada seorang pekerja wanita yang berdiri tepat di sebelah nya.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...