•CHAPTER 65•

152 29 31
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

"H-heebin?", Heebin tersenyum lembut sambil tangannya mula naik dan mengusap pipi yang kini mula cengkung-

Belum sampai tangan Heebin ke pipi Heeseung, lelaki itu pantas menepis.

Badan nya bergerak belakang, sedikit menjauh dari Heebin.

Banyak kali dia menampar pipinya. Menyedarkan diri dari mimpi. Tidak mungkin didepan nya ini adalah Heebin.

Heebin terkejut tatkala Heeseung menampar wajah nya sendiri banyak kali, segera dia menahan tangan Heeseung.

Pipi lelaki itu dikucup sekilas sebelum anak matanya merenung iris coklat milik Heeseung. "Ani, ini bukan mimpi sayang... ini saya, Heebin"

Jarak mereka begitu dekat sehingga Heeseung dapat merasai deruan nafas Heebin. Hangat dan tenang. Namun pandangan matanya cukup tajam dan menggoda.

Baru saja Heebin mahu kembali merapat dan mencium sensual bibir pucat Heeseung, lelaki itu terlebih dahulu menolak kasar tubuh Heebin sehingga dia terdorong ke belakang.

"Yah! Kenapa awak tolak saya?!", Heebin mendengus perlahan. Bibirnya mencebik seraya menatap kesal Lee Heeseung.

Dada Heeseung turun naik. Menahan amarah yang kian membuak. Selimut tebal yang menutup punggung hingga ke kaki digenggam erat. Matanya tajam merenung Heebin.

"Awak-siapa?", bergetar suara Heeseung. Entah kenapa, dia jadi begitu gugup walau wajah didepan nya adalah Heebin.

"Sayang...wae?", tangan Heebin ditepis ketika mahu memaut lengan lelaki itu.

Serentak itu, Heebin terkekeh kecil. Tidak sangka, comel juga Heeseung ketika sedang gugup.

"Awak ni siapa?! Awak bukan Heebin! Heebin tak pernah panggil saya sayang"

"Wah! Cepatnya awak tangkap tapi... Maaflah saya tak masuk campur sepenuhnya soal kehidupan dia", dia bernada tenang. Raut nya berubah lain. Lembut namun terselit sedikit aura kasar.

Dia bangkit dan menuju ke sofa. Rambut panjang nya dibetulkan.

Heeseung hanya sekadar memerhati gadis di depan nya. Dia begitu terkejut melihat wajah wanita didepan nya begitu mirip dengan Heebin.

"Kenapa pandang saya? Terkejut ke muka saya sama dengan Heebin?...tch,kesian. Awak pernah ada tempat di hati dia tapi tak pernah tahu kehidupan sebenar Heebin"

Dia berpeluk tubuh, menatap tenang raut Heeseung yang seperti mahu menelan nya hidup-hidup.

"Tapi...

...awak lagi layak bersama Heebin berbanding Jay", sayup-sayup suara itu menembus masuk ke pendengaran Heeseung.

"Apa maksud awak?"

Dia yang lagi menunduk merenung lantai kini mendongak. Jelas wajah nya kelihatan sedih dan kecewa. Namun semua itu ditutup dengan senyuman nipis.

"Jay curang dengan Haeun...dan Taeyong dah bersepakat dengan dia untuk hancurkan rumah tangga Heebin sama macam dia hancurkan hubungan kasih awak dulu Heeseung"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now