Abaikan typo
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY♡~
•••
+82 XXXX XXXX
Awal nya honey balik Korea? Kenapa? Tak best ke honeymoon? HAHAHA tapi tak apa, lagi cepat awak balik lagi mudah, selamat malam honey 💋❤"Heeseung...", nama itu meniti perlahan di bibir Heebin.
Heebin menahan debaran, membalas kembali pesanan.
Awak ni Heeseung, bukan? Apa awak nak buat? Kenapa awak kacau saya?
Pesanan dihantar. Namun, hampir 5 minit berlalu tapi mesej itu sekadar dibaca.
Heeseung, Heebin yakin orang itu Lee Heeseung.
Siapa lagi yang akan memanggil nya honey kalau bukan bekas kekasihnya, Lee Heeseung? Jika Jake, lelaki itu akan memanggil nya sayang mahupun babe.
Kekasih nya lima tahun lalu. Lelaki tampan yang beza 4 tahun.
Telefon diletakkan kembali sebelum selimut ditarik hingga paras dada.
Heebin mengeluh kecil. Wajah Heeseung bermain-main di fikiran. Berbicara tentang Heeseung, terlalu banyak tanda tanya pada lelaki itu.
Benar bukan?
•••
Jay yang sudah siap mandi dan berpakaian biasa melangkah keluar dari bilik tidur.
Sudah pukul 6:30 pagi tapi suasana rumah masih sunyi. Heebin masih bergulung dalam selimut dan Suno, tidur mungkin?
Ding dong!
Jay yang baru saja mahu ke dapur untuk minum susu segera memandang ke arah pintu.
'Siapa yang datang pagi-pagi buta ni?', Jay bermonolog sendirian bersama kerutan di dahi.
Langkah dibuka laju ke pintu utama. Daun pintu dibuka malas.
Serentak itu, Jay, suami kepada Heebin tersentak tatkala wajah jejaka tampan yang dihiasi senyuman manis berdiri statik di muka pintu.
Jake Shim.
"Selamat pagi...Jay?"
"Apa kau buat di sini?", dingin Jay. Wajah nya membeku apabila teringat betapa rapatnya Heebin dan Jake.
Betapa panas hatinya mendengar bisikan ramai orang soal pasangan itu.
Berteman?
Itu satu perkataan yang seluruh penduduk kota Seoul ragui. Benarkah mereka sekadar berteman?
Jika sudah sampai tahap berpelukan dan berciuman di tempat awam, kawan ke namanya tu?
"Saya datang seb—"
"Aku yang suruh dia datang... Tiada siapa pandai memasak di rumah ni, jadi aku suruh Jake datang rumah lagipun Heebin suka masakan Jake", dua jejaka itu menoleh ke arah tangga.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...