•CHAPTER 22•

191 39 24
                                    

"Eo? Jake, kenapa datang ke rumah daddy ni?", Tuan Sim meletak perlahan cawan coffee seraya memandang anak lelaki tunggal nya.

Jake tersenyum nipis. Punggung dihenyak berhadapan dengan ayah nya yang duduk di sofa luar rumah.

"Mummy mana?", mata melilau ke sekeliling, mencari kelibat Puan Sim yang selalu nya berada di halaman rumah, sibuk dengan bunga-bunga.

"Mummy kamu ada dekat dapur, dia sibuk buat kuih kebelakangan ni. Ni, kenapa kamu datang?", Jake mengigit bibir. Lidah terasa berat mahu bersuara.

"Jake datang... sebab Jake mahu minta bantuan daddy", Jake berkata perlahan. Melihat anggukan Tuan Sim, Jake dalam diam melepas nafas lega.

"Apa yang daddy boleh tolong kamu?", fail kuning pemberian Niki malam semalam, disorot perlahan ke atas meja.

"Apa benda ni?", fail diambil sebelum isi dibuka dan dibaca.

"Lee Heeseung? Dia anak Ahli Kongres Lee kan? Kenapa bagi matlumat tentang tanah dengan nama dia?", wajah anak lelaki nya dipandang hairan. Dia merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Jake nak bina kompleks beli-belah bersebelahan hotel world, tapi tanah tu milik Heeseung... Daddy tahu kan yang Heeseung tu bekas kekasih Heebin?"

Tuan Sim mengeluh kecil. Dia memang sudah agak ada sesuatu di balik kedatangan Jake. Tapi kenapa tiba-tiba saja? Selalu nya jika tentang buah hatinya itu, dia sendiri akan bertindak dan menguruskan segalanya, tapi sekarang terasa lain.

"Kalau macam tu, kenapa kamu tak jumpa Heeseung sendiri?", kali ini Jake pula yang menghela nafas. Tampak sekali Tuan Sim tidak memahami dirinya.

"Daddy ni! Heebin kan bersama Jake selepas mereka berpisah, sudah tentulah dia tahu tentang tu, tambahan pula banyak mulut dan mata yang jadi saksi kami selalu bersama. Tak mungkin lah dia mahu jual tanah tu kalau Jake sendiri yang datang pada dia", Tuan Sim menggeleng perlahan.

Cermin mata dibuka dan diletak sedikit kasar ke atas meja. Pelipis diurut perlahan. Permintaan Jake agak sukar sebenarnya, memandangkan Ahli Kongres Lee tidak punya hubungan yang baik dengan mana-mana ahli perniagaan.

Tambahan niat untuk bertemu dengan Ahli Kongres Lee agak susah. Harus punya sebab kukuh jika bertemu dan berbincang dengan lelaki tua itu.

"Listen Jake, daddy tak janji untuk berurusan dengan Ahli Kongres Lee tapi daddy akan cuba beli tanah tu dari Heeseung terus, lepas dapat kamu kena uruskan yang selebihnya. Faham?", Jake menarik senyum gembira seraya mengangguk laju.

"Niki mana? Lama sangat tak datang jumpa samchun dia ni", Tuan Sim bersuara setelah suasana mereka hening seketika.

"Niki macam itulah, kerja, banyak kes dia uruskan kebelakangan ni sampai Mijin sendiri pun dia tak sempat nak jumpa"

"Erm, bercakap pasal Mijin, bila dia mahu putuskan tarikh kahwin dengan Niki? Daddy nampak Niki tu macam tak sabar nak kahwin... Daddy bukan apa, daddy takut pula kalau Mijin tu ada isi sebelum naik pelamin lagipun tak baik dia biarkan orang macam Niki terus menerus menunggu", Jake sekadar mengangguk.

Ada benar nya di balik kata-kata Tuan Sim. Jung Mijin, gadis itu masih belum memutuskan tarikh perkahwinan. Bukanlah dia membuatkan lelaki yang mencintai nya terus menunggu tanpa pasti? Lagipun Niki seorang lelaki, pasti ada hawa nafsu nya lebih-lebih lagi dia sering ke rumah Mijin kebelakangan ini.

"Bercakap pasal kahwin... Kamu bila nak kahwin? Heebin dah kahwin dengan Jay, jangan pula kamu cakap kamu masih mengharap dia akan jadi milik kamu"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now