Dua salinan kertas di tangan diangkat tinggi. Kertas kontrak perkahwinan mereka. Bibirnya menarik senyum nakal. Entah apa reaksi bakal suami nya itu nanti.
Kertas nya itu disimpan di dalam fail biru. Dia mula bangkit dari bangku di meja solek. Beg tangan dan fail biru dijinjing, dibawa turun.
Tiga manusia yang sedang berbual di ruang tamu itu terhenti dan mula menoleh ke arah tangga. Susuk tubuh Heebin yang menuruni anak tangga diperhati. Pemakaiannya seperti biasa, cuma riak wajahnya yang agak berbeza dari hari sebelum nya.
"Nak kemana?", Heebin menoleh, wajah bengis Tuan Yoon di pagi hari dipandang. Asyik nak ketat je muka, semut nak lalu pun tak mahu.
Pandangan dialih ke arah Suno dan ibunya. Dia tersenyum kecil melihat wajah manis Puan Yoon yang jauh bezanya dengan si suami. "Jumpa Jay", Heebin menjawab singkat seraya keluar dari rumah. Meninggalkan sekumpulan manusia yang terpinga-pinga.
"Anak kita tu sakit ke? Semalam bukan main nak menolak", Tuan Yoon mengomel kecil seraya menggeleng. Puan Yoon di sisi membalas dengan senyuman nya. "Bagus lah kalau dia nak terima Jay dalam hidup dia"
Suno di hujung hanya mampu mengukir senyum sinis. Dia tahu sangat apa yang gadis itu mahu lakukan.
•••
Jay, lelaki itu lagi leka menikmati sarapan nya di kafe berdekatan bersama Yang Jungwon dengan wajah masam. Fikiran nya masih tentang semalam. Dia tak sepatutnya terlalu berharap Yoon Heebin akan menerima lamarannya.
Entah kenapa, dia mula merasa harapan untuk memiliki gadis itu semakin tipis. Mungkin betul kata orang yang dia punya hubungan dengan Jake Sim, Aussie boy yang agak terkenal.
Dia mengeluh kecil.
"Kau kenapa? Macam baru kena reject", berkerut dahi Jungwon dengan sikap Jay yang tidak seperti selalu. Hari ni lebih muram dari biasa. Jay, lelaki itu hanya mampu menggeleng.
"Mungkin tak ada jodoh kot", Jay menjawab selamba. Terpinga wajah tampan di depan nya. Baru beberapa hari yang lalu dia teruja memberitakan pada Jungwon bahawa dia bakal berkahwin, tapi semalam dia mula merasa dia akan membujang lagi.
"Tak ada jodoh? Kau sebut tentang sapa pula ni? Takkan lah tentang Son-"
TUTT! TUTT!
Satu panggilan masuk ke telefon Jay. Nama setiausaha nya membuatkan dia merasa lebih muram. Ni mesti tentang ada pengerusi nak jumpa.
Panggilan diangkat.
"Kau cakap siapa tadi?", lelaki itu menyoal tidak percaya. Wajah Jungwon yang turut mendekat mahu mendengar perbualan itu dipandang dengan anak mata yang semakin membulat. Dia salah dengar atau ini hanya mimpi?
"Dia kata nama dia Yoon Heebin, anak Dat-" BEEP! Panggilan segera diputuskan. Mendengar khabar gadis itu datang untuk bertemu nya bukan satu tuah yang biasa.
"Weh kau nak kemana?", Jungwon menjerit kecil apabila kawan nya itu berlari keluar dari kafe meninggalkan nya sendirian di situ.
•••
"Dia ada kata mana?", Jay bertanya sebaik saja dia berada di depan meja setiausaha nya. Gadis itu menunjuk ke dalam pejabat.
"Okay, Thank you! Jangan bagi sesiapa masuk pejabat saya buat masa ni", Jay mengarah tegas, dia tidak mahu sesiapa mengganggu masa nya bersama bakal isteri nya, segera langkah dibuka besar masuk ke dalam pejabat.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...