•CHAPTER 9•

214 45 46
                                    

Abaikan bahasa Inggeris yang mungkin tak betul😅bersama dengan typo yang tidak disengajakan. Thank you.

•••

"Patut ke kita kahwin lari?", Jake, lelaki itu tersentak sepenuhnya-

Ini bukan sesuatu yang dia pernah harapkan dari Heebin. Dia mungkin terlalu menyayangi anak dara kepada Yoon SeokMo itu, namun dia tidak mahu menjadi lelaki tak guna yang merampas anak orang tanpa izin. Dia mahu menikah dengan Heebin bersama restu... hanya itu.

Jake menggeleng perlahan sebelum dia mula mengukir senyum kecil. Tangan Heebin yang masih setia menggenggam erat tangan kirinya diusap lembut.

"Heebin, listen here.. I memang sayangkan you tapi kahwin lari bukan caranya sayang.. I tak nak family you rate I sebagai lelaki tak guna yang bawa anak dara mereka lari.. lagipun you kan anak tunggal meski mereka sedih bila I bawa you pergi tanpa izin", Heebin tersenyum lembut tatkala mendengar jawapan yang memang sudah dijangka.

Nampaknya dia tidak salah menilai Jake. Lelaki itu baik malahan terlalu baik untuk dikecewakan. Heebin mula merasa bersalah untuk memberitakan perkahwinan nya. Bagaimana nanti bila dia mengirim undangan untuk Jake?

Apakah Jake akan membencinya?

"Having you such a blessing"

•••

"Eh, kau ni dah kenapa? Pagi tadi bukan main muram dah serupa orang kemurungan kena tinggal", Jungwon mendekati Jay yang duduk di sofa sambil tersenyum sendirian.

Jay menoleh sekilas sebelum memandang ke luar lagi. Jungwon always busybody. Tak boleh nampak orang senang sikit, habis semua benda dia rate tak betul.

"Aku dah cakap kan aku nak kahwin", Jungwon, lelaki itu berkerut. Pagi tadi kata tiada jodoh, sekarang kata nak kahwin lagi. Pelik.

"I keep wonder lah, kau ni memain nak kahwin ke apa? Pagi tadi kata lain sekarang kata lain pula"

Jay menoleh sebelum tersenyum sinis. "Pernah ke aku main-main dengan apa yang aku cakap? Aku nak kahwin so maksud nya aku memang betul nak kahwin", Jungwon memutar kan bebola matanya. Menyampah.

"Suka hati lah, yang penting kau bahagia", Jungwon segera bangkit dan berlalu ke bilik tidur. Malas mahu berlama, takut nanti dia pula yang sakit hati. Biasa lah orang single.

Ting!

Berkerut sepasang kening Jay tatkala menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali nya. Mesej dibuka.

+82 xxxx xxxx
Jangan dekat dengan Heebin atau rumah tangga kau akan kucar kacir

Jay terkelu, badan nya seakan mengejang membaca mesej berbaur ugutan. Siapa pula yang mahu menghancurkan rumah tangga nya yang masih belum berdiri?

•••

Klerk

Pintu dikatup rapat sebelum kaki menutur perlahan mahu ke bilik.

"Sekarang baru nak balik? Ingat kan dah melekat sampai tak boleh tanggal dengan mamat brengsek tu", dia berkata sinis sambil berpeluk tubuh di muka pintu dapur seraya melihat adik tiri nya sedang cuba melangkah senyap ke bilik. Dah tengah malam baru nak balik.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now