Annyeong yeoreobun!! Bagaimana anda sekarang? Mungkinkah mulai membenci Heebin yang semakin derhaka?
•
•
•
•
•Ppak!
Terteleng wajah Heebin tatkala ditampar kuat. Pipi yang terasa perit dipegang. Dia menjeling dari tubir mata, tajam.
"Omma!", Heebin menjerit kuat bersama nafas yang tidak teratur—
Puan Yoon mencerlung tajam. Wajah anak perempuan tunggalnya dipandang dengan seribu rasa kesal. Tidakkah Heebin merasa bersalah dengan apa yang dia katakan?
"Kenapa omma tampar Heebin ni?!"
"Heebin pula? Tak rasa diri derhaka sangat?! Heebin, kenapa makin melampau ni!", Puan Yoon bersuara keras, menahan geram yang kian meluap-luap.
Pandangan mata Heebin mula kabur, tubir mata mulai terasa panas. Dia tertawa kuat tatkala air mata mula mengalir perlahan. Wajah Puan Yoon direnung penuh rasa kecewa.
"Omma nak tahu kenapa Heebin tergila-gilakan Jake, lelaki yang omma dengan appa benci tu?", Heebin bernada tenang meski hatinya remuk memikirkan orang tua nya yang terlalu menyebelahi menantu lebih dari anak sendiri.
Tiga manusia itu diam menyepi. Tiada seorang yang bersuara, mungkin tidak punya jawapan untuk soalan dari Heebin.
Air mata dilap kasar. Mata dipejam rapat tatkala sebak mula menyelubungi. Bibir diketap perlahan, cuma menahan segala getaran.
"Sebab omma dan appa selalu abaikan Heebin... Selalu keluar out station sampai berminggu-minggu tak pulang ke rumah, tinggalkan Heebin seorang diri... Omma pernah ke ambil tahu tentang makan minum Heebin? Tak pernah! Omma cuma fikir tentang appa je! Omma cuma risau yang appa tak boleh jaga diri.
Appa pula? Appa pernah ke ambil tahu tentang pelajaran Heebin?... Heebin tidur 3 jam sehari dan habiskan masa dengan belajar hanya nak appa rasa bangga dengan Heebin... Tapi sekali pun, appa tak pernah peduli, masa Heebin graduate... Omma dengan appa tak ada pun, Heebin duduk sorang-sorang padahal orang lain tersenyum gembira dengan keluarga... Cuma suno yang datang... Omma dengan appa pernah tanya ke apa yang Heebin rasa?
No! Never! Tapi sejak Heebin bercinta dengan Heeseung, Heebin rasa bahagia yang tak terhingga.. Tapi dia pun sama sampah yang tinggalkan Heebin pergi!... Dan lepastu Heebin jumpa Jake, lelaki kaya yang ada segala-galanya... Dia layan Heebin, macam Heebin ni ratu.. Dia beri Heebin perasaan yang Heebin tak pernah rasa... Salahkah Heebin buat macam ni? Heebin cuma dambakan kasih sayang... Cuma itu saja, takkan omma dengan appa tak mampu nak faham?"
Air mata bercucuran deras. Perasaan hiba tidak mampu dibendung lagi. Segala perasaan yang selama bertahun-tahun disembunyi jauh di lubuh hati diluah juga.
Mereka bertiga terdiam. Heebin tersenyum paksa biar air mata terus menerus menitis jatuh.
Heebin terdiam lama sebelum beg kertas di tangan dihulur pada Puan Yoon. "Hadiah dari Jake, dia beli teh dari Vietnam sebab dengar appa ada masalah jantung", air mata dilap perlahan. Terlebih emosi pula.
"Maafkan Heebin omma... Heebin naik dulu, nak rehat", tanpa menunggu balasan dari si ibu, Heebin segera bergerak ke bilik.
Pintu ditutup rapat sebelum langkah dibuka ke bilik air. Dia mahu mandi, mahu melegakan diri dari perasaan yang terus menerus melonjak naik.
•••
"Kenapa kau lambat ni?", Niki berdecit perlahan seraya duduk di depan Jake Shim.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...