HAPPY VALENTINE DAY MY FAVORITE JAY❤
Memandangkan kita single, amarilah wish idol😜
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
"Selamat pagi", Heebin tersenyum gembira, mendekati tiga jejaka yang sudah ada di meja makan.
Mereka menoleh sebentar sebelum kembali menatap mangkuk yang sudah diisi bijirin. Heebin berkerut. Kenapa tiada siapa nak layan dia?
Ini sudah masuk tiga hari sejak kejadian mereka bertiga disuruh mengemas rumah.
Bangku disisi Jay diseret sebelum dia duduk bersama senyuman lebar, menatap Jake meminta bijirin dari lelaki itu.
Dan Jake, dia tersenyum lembut sebelum bangkit dari kedudukan. Mangkuk yang sudah diisi dengan bijirin dihulur.
"Esok Krismas, nak buat BBQ tak?", Heebin bersuara, memecahkan keheningan diantara mereka.
Serentak mereka bertiga menoleh. Terasa mood Heebin benar-benar baik.
"Kau dah sihat sepenuhnya kan?", tangan Suno yang melekap pada dahi ditepis lembut.
Heebin mencebik. "Saya dah sihat lah"
Heebin menoleh ke arah Jay yang turut merenung nya. "Saya nak jemput ramai kawan...awak, boleh kan?", lengan si suami dipeluk sebelum matanya dikerdip banyak kali. Membodek!
Jay tersenyum kelat. Heebin ni memang pandai pujuk dia! "Semua boleh, nak jemput Presiden Korea datang pun boleh"
Heebin tersenyum lebar. Dia tahu Jay menyindir, namun hatinya senang bila lelaki itu memberi izin untuk membuat BBQ di rumah.
Ini Krismas pertama mereka sebagai pasangan suami isteri, dia mahu suasana yang meriah di hari besar. Jika dia dan Jay saja, pasti sunyi... lainlah kalau ada anak-anak.
"Kalau macam tu, saya bersiap dulu, kita pergi mall beli barang... Suno, Jake, ikut sekali ya", mata nya dikenyit nakal ke arah tiga lelaki itu sebelum langkah dibuka ke bilik tidur.
Mereka menghela nafas lega sebaik saja kelibat Heebin hilang dari pandangan sepenuhnya. Kepala digeleng perlahan.
Ada-ada saja mood Heebin!
•••
Mijin melirik jam di dinding. Sudah pukul 8 pagi namun kelibat Niki belum kelihatan. Lelaki itu masih belum keluar dari bilik.
Sejak dari kejadian tempoh hari, Niki sering mengelak mahu bertemu Mijin. Malahan mereka tidur di bilik berasingan, Niki di bilik Jake dan Mijin kekal di bilik mereka.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...