ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Banyak kali keluhan kecil terbit di bibir Heebin. Fail-fail hitam berselerak di atas meja tanpa disusun rapi seperti selalu. Fikiran nya celaru, memikirkan salah yang telah dia lakukan tanpa sedari. Fail kerja dibiar terbuka, biar tampak sedikit seperti sedang memikirkan hal kerja.
"Aish... banyak kali aku fikir tapi aku still tak tahu", rambut yang kini berubah hitam itu dikuak ke belakang sedikit frustasi.
Pen diletak ganas lalu tubuh disandar lemah. Pelipis diurut berkali-kali bersama mata yang terpejam rapat. "Kenapa waktu macam ni pula kau nak sakit kepala?", sempat wanita itu mengeluh geram. Mahu makan panadol, namun dia alah akan ubat paracetamol.
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pada pintu, menyedarkan Heebin yang hanyut dalam dunia sendiri.
"Masuk lah", arah Heebin yang sedikit menjerit. Tanpa menunggu lama, muncul wajah tampan di sebalik pintu tanpa senyuman. Siapa lagi kalau bukan Hendery?
"Cik Yoon, sekarang dah waktu lunch... izinkan saya pergi kafe", pinta lelaki itu. Sudah lah suara menyeramkan, setidaknya lelaki itu harus meminta dengan sedikit senyuman.
"Sure"
Baru saja Hendery mahu menutup pintu, niatnya terhenti tatkala Heebin memanggil nama lelaki yang hanya tua 4 tahun darinya. Ya, dia sebaya Heeseung.
"Ada apa Cik Yoon?", seperti biasa dia akan berdiri tegak di pintu bersama raut beku.
Heebin tersenyum nipis. Dia bingkas bangun dan mengambil tas tangan miliknya. Hendery didekati. "Lunch dengan saya... dan janganlah terlalu formal sangat, seram saya", ujar Heebin jujur.
Terlepas tawa kecil dari bibir Hendery. Tidak sangka wanita yang orang sebutkan beku takut akan sifat nya ketika berkerja. Heebin tersenyum kecil. 4bbulan bekerja dengan Hendery, ini baru pertama kali dia mendengar kan suara tawa jejaka itu.
"Maaf lah sebab buat Cik rasa seram dengan saya, tapi ni memang cara saya semasa kerja dengan banyak presiden dari syarikat besar"
Heebin hanya mengangguk. Baru saja dia mahu melangkah, tiba-tiba kepalanya menjadi begitu pening sehingga dia tersilap langkah dan hampir tersadung. Nasib ada Hendery yang segera menyambut wanita itu.
"Cik okay tak ni?", soal Hendery risau. Dia masih memeluk erat pinggang majikannya itu. Heebin hanya membiarkan, kaki nya terasa tidak larat mahu berdiri sendiri.
"Saya pening sikit saja... Jomlah lunch", baru saja Heebin mahu melepaskan pegangan Hendery, sekali lagi dia hampir terjatuh ke bawah. Nasib saja Hendery lebih tangkas.
"Cik macam tak larat mahu berjalan... biar saya tolong cik jalan sampai lift", Heebin mengangguk perlahan.
Bersama Hendery yang memeluk pinggang nya, mereka melangkah ke arah lift di hujung aras dengan langkah perlahan.
Tanpa mereka sedar ada seseorang berdiri di balik dinding bersama senyuman sinis. "Wow, nice pictures", dia tersenyum jahat sambil meneliti gambar yang baru dia ambil, memikirkan betapa sakit hati Jay bila melihat gambar Heebin berpelukan bersama lelaki lain.
"Get ready to say goodbye, ugh?"
•••
"Cik Yoon... Cik okay tak ni? Macam tak sihat saja", tegur Hendery. Dari tadi dia memerhatikan wanita itu. Sedikit pun dia tidak menyentuh makanannya malah hanya duduk termenung.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...