•CHAPTER 23•

211 39 8
                                    

Mohon abaikan typo, saya malas nak check balik, dan abaikan juga sesuatu yang agak merepek, saya pun tak sedar saya merepek apa😌😂.




Jake mahupun Heeseung, tiada satu pun dari mereka mahu bersuara. Sekadar menatap antara satu sama lain dengan pandangan yang berbeda, Jake penuh sinis dan Heeseung penuh santai.

Jake memejam mata rapat tatkala perasaan geram dan marah hampir menguasai diri sepenuhnya. Dia terlalu kesal mengenang Heeseung yang pergi meninggal kan wanita sebaik Heebin.

Jake menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Sempat juga dia berdehem kecil sebelum bersuara.

"Aku dengar khabar angin yang kau tinggalkan kekasih sebab kahwin dengan perempuan lain", Heeseung tersenyum sinis.

"Aku rasa kita tiada masa nak cakap hal peribadi memandangkan sekarang waktu berkerja"

"Jadi semua itu betul lah?", Jake mengangguk sambil mengusap dagu banyak kali. Mata fokus merenung Lee Heeseung yang kelihatan seperti menahan sabar.

Heeseung berdecit halus. "Okay, dah alang-alang buka aib, baik kita teruskan saja sampai habis

... Aku dengar kau ada kekasih cantik, dia anak datuk bandar Yoon"

"Macam mana kau tahu dia anak datuk bandar? Aku tak pernah heboh pun dia di media sosial", kening dinaik tinggi.

Heeseung mengetap bibir. Jake Shim seolah-olah mahu tahu sesuatu dari dia.

"Aku teka saja, tak sangka betul", Heeseung tertawa, tampak ikhlas tapi penuh pura-pura.

Jake mengangguk. "Kenapa berhenti jadi model? Banyak betul artikel pasal kau di Internet"

"Saja. Aku tak rasa nak terus berdiri di pentas peragaan, ada sesuatu yang lagi berharga dari semua itu... Bila kau nak kahwin?"

"Maaflah tiada jawapan", Jake tersenyum manis, sedaya upaya melawan perasaan mahu menumbuk wajah Heeseung.

Kalau ikut kan hati, mahu saja Heeseung di terajang. Nasib saja dia masih ingat akan air muka Tuan dan Puan Shim. Dia tak mahu mencalar kan maruah orang tua demi manusia seperti Heeseung.

Tidak berbaloi.

"Untuk soalan pertama kau tadi, aku pun tiada jawapan", senyum Heeseung.

Makin lama dipandang, makin panas hati Jake. Boleh pula Heeseung tersenyum padahal dirinya seperti mahu membunuh saja Lee Heeseung.

"Ka—"

Ucapan Jake terhenti disaat bunyi deringan telefon yang datang dari arah Heeseung. Tanpa berlengah, jejaka itu langsung menjawab panggilan telefon.

Dia bangkit dan berjalan ke arah tingkap membuatkan Jake mahu tahu penyebab lelaki itu berdiri sedikit jauh agar dirinya tidak mendengar perbualan nya.

Agak lama Heeseung berbual di telefon. Pandangan sisi tubuh lelaki itu menjadi pandangan Jake, dia merenung bersama perasaan ingin tahu yang kian menggunung tatkala wajah Heeseung kelihatan bengang.

"Haeun! Jangan buat apa-apa sampai aku datang", dahi Jake berkerut tatkala mendengar nama asing yang disebut oleh Heeseung dengan sedikit keras.

Heeseung menamatkan panggilan dan kembali memandang presiden kumpulan Shim.

"Maaf lah presiden, aku ada hal penting nak diuruskan. Lain kali kita bincang elok sikit", Jake mengangguk dan melihat figura Heeseung yang melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now