•CHAPTER 11•

227 46 63
                                    

"ARHHH!", telefon bimbitnya langsung dicampakkan ke dinding seusai saja membaca artikel yang baru beberapa jam lalu disiarkan.

Habis berderai telefon jenama mewah itu tatkala bertemu dengan dinding. Sakit hatinya bila membaca khabar bekas kekasih nya itu bakal berkahwin dengan wanita lain. Paling menyakitkan disaat wajah Jay Park tersenyum bahagia di dalam gambar yang disertakan bersama artikel.

Semudah itu jejaka kaya yang pernah menjadi pujaan hati nya dulu pergi dan melupakan janji mereka. Hatinya semakin membara, habis segala produk kosmetik di atas meja solek ditolak jatuh.

"ARGHHHHH!", Son Haeun, gadis itu menjerit persis orang kurang siuman. Rambutnya dikusutkan.
"ARGHHHHH!! LELAKI TAK GUNA!", Haeun menjerit keras, menghamburkan segala kemarahan nya.

PPAK!

Bunyi tendangan kuat dari pintu mengalihkan pandangan Haeun. Park Sunghoon, abang tirinya itu bersandar di muka pintu sambil berpeluk tubuh bersama riak tenang.

"Kau dah tak waras?"

"Ouh lupa... Kau memang dah tak betul pun sejak dari hari kau tinggal kan Jay... Kau yang pergi tapi marah pula bila tahu dia kahwin dengan orang lain... Tch, perempuan jijik", Sunghoon tersenyum sinis selepas saja menyindir adik tirinya itu.

Naik merah wajah Haeun tatkala mendengar sindiran Sunghoon. Laju langkah nya dibuka ke arah meja kecil di sisi katil. Pasu bunga sederhana besar itu langsung diambil.

"LELAKI TAK GUNA", langsung saja pasu tadi dibaling tepat ke arah Park Sunghoon—

•••
Yeoreobun, kalau korang dekat sana, korang pilih serang Haeun dulu atau auto gelabah nak selamatkan Park Sunghoon? Kalau saya, auto tampar Haeun, HSHSFHDJSHDH
•••

Jay, lelaki itu baru pulang ke rumah kongsinya bersama Yang Jungwon, teman baik merangkap rakan sekerja nya itu.

Punggung langsung dihenyak ke sofa. Pandangan nya melilau ke sekeliling, mencari kelibat Jungwon yang selalu nya riuh pada waktu sebegini. Namun nihil, suasana agak sunyi dan kosong.

Baru saja jejaka muda itu mahu melelapkan mata, suara kuat Jungwon menjerit nama nya dari tingkat atas membantutkan niat nya. Dia mengeluh kecil. Apa pula kali ni?

Dia memandang ke arah tangga tatkala mendengar bunyi dentuman tapak kaki. Yang Jungwon, lelaki berusia 26 tahun itu sedang berlari menuruni anak tangga bersama telefon di tangan.

Dia langsung melompat ke atas sofa bersebelahan Jay dan telefon yang memaparkan artikel perkahwinan nya ditunjukkan. Jay, lelaki itu kekal tenang.

"So?", Jungwon menepuk dahinya perlahan. Tiba-tiba saja dia terasa mahu memaki Jay, bodoh nya melampaui batas.

"Asal kau tak cakap dengan aku yang kau nak kahwin dengan Yoon Heebin", alis nya dinaikan sedikit sambil mata fokus memandang Jay yang kekal santai.

"Kan aku dah kata rahsia haritu", bebola mata nya diputar, menyampah. Jungwon mengeluh kecil sebelum phone nya disimpan ke atas meja.

"Aku bukan nak hasut kau ke apa... tapi kau kenal ke Heebin tu sepenuhnya?", Jay mencerlung tajam ke arah Jungwon. Sahabatnya itu seolah-olah mahu membuka aib bakal isterinya.

"Kau ni bercakap macam kau kenal Heebin bertahun-tahun... Aku lagi kenal dia, siapa family dia, pendidikan dia sampai mana, dia kerja apa, semua aku tahu", Jay bersuara keras, bengang dengan sikap ragu-ragu Jungwon.

"Bukan tu maksud aku... Aku cuma selalu dengar cerita yang dia—"

"Bercinta dengan Jake Sim? Selalu keluar ke hulu ke hilir berdua? Berkepit seharian macam tak boleh tanggal?", Jungwon mengangguk kecil. Nampaknya, Jay memang tahu banyak perkara tentang Heebin.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now