ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Waktu kian berlalu namun hubungan mereka tak kunjung membaik bahkan semakin memburuk.
Jay benar-benar pergi, meninggalkan Heebin sendirian dalam keadaan mengandung demi bersama bekas kekasihnya kembali. Tak sangka Haeun berjaya meracuni akal fikiran Jay dengan mengatakan banyak hal buruk tentang isteri jejaka itu.
Heebin sedih, terlalu sedih akan nasib anak nya kelak. Kandungannya semakin berkembang tapi bagaimana lagi dia mahu membaiki hubungan mereka sedangkan Jay langsung tidak pernah menunjukkan muka lagi?
Bahkan lelaki itu mengupah pengawal peribadi di depan syarikat agar Heebin tidak boleh masuk dan bertemu dengannya.
Di mata Jake dan Niki, Jay benar-benar suami yang paling teruk. Suami yang mengabaikan tanggungjawab. Namun di mata Heebin, Jay tetap lelaki yang terbaik yang pernah ia kahwini. Menurutnya Jay hanya salah langkah.
Tapi bak kata Jake, Heebin deserves better!
Jika Jay mahu kembali lagi, Heebin pasti dengan senang hati merentangkan tangan untuk Jay pulang.
Heebin mengelus sayang perut nya yang mulai kelihatan. Sudah 4 bulan malaikat kecil itu menginap aman di dalam rahimnya. Ditemani degupan jantung sang ibu yang menenangkan.
Heebin tersenyum kecil tatkala fikiran nya membayangkan hari-hari nya di masa depan yang bakal diisi gelak tawa bayi kecil nya bersama Jay.
Heebin terkekeh sendirian. Terhibur akan fikiran sendiri. Heebin menoleh kecil tatkala bahunya disentuh lembut.
"Awak fikir apa sampai tersenyum lebar macam tu?" Jungwon meletakkan secawan teh hangat di atas meja. Berhadapan dengan Heebin.
Wanita itu menggeleng kecil, masih dengan senyuman yang memekar di bibirnya. "Saya cuma terbayangkan masa depan nanti. Itu saja...erm, Jungwon?"
Jungwon menoleh lalu alis nya menukik tinggi tatkala mendengar suara Heebin yang seakan ragu memanggil nya. "Ada apa?"
"Awak ada khabar tentang Jay-"
"Tak payah risau tentang dia Heebin. Makan pun Haeun yang suap, tentu saja dia baik. Jangan fikir lagi tentang lelaki yang dah lupa tentang tanggungjawab sendiri. Hidup macam tak pernah ada isteri. Isteri tengah mengandung, dia pula sibuk merayap ke sana-sini bawa anak orang", Jungwon mendengus penuh emosi.
Jasad nya seakan terbakar tatkala segala ingatan akan adegan romantis yang tidak layak ditunjuk-tunjuk oleh seorang lelaki berkahwin bermain di minda. Dia saja sudah panas, bagaimana pula kalau Heebin sendiri yang melihat?
Oh tolong, kalau sekali lagi Jungwon melihat Jay dan Haeun berasrama, dia yakin akan menanam Jay hidup-hidup di gunung Everest.
Biar dikira hilang ditelan bumi.
Heebin terdiam. Sedikit tersinggung akan perkataan Jungwon. Dia tidak suka suami nya direndahkan atau dihina sebegitu tapi dia juga tidak mampu membalas apa-apa, dia sudah tidak punya jawapan bagus untuk mempertahankan Jay.
Jungwon seakan sedar dengan perkataan nya. Dia menghela nafas kecil melihat Heebin yang menunduk.
Lelaki itu bangkit lalu duduk di sebelah Heebin sebelum tangan mungil itu digenggam lembut membuat perhatian Heebin teralih.
"Maaf, saya tak ada maksud nak lukakan perasaan awak tapi Jay memang tak layak dipertahankan Heebin. You deserves better. Andai jodoh awak dengan Jay memang dah tak ada lagi, tolong lepaskan saja. Jangan tahan, takut nanti semakin berdarah. Ingat Heebin, seorang bidadari seharusnya bersama seorang dewa yang penuh kemuliaan bukan manusia yang ditutupi banyak topeng", Jungwon berbicara lembut lalu menghadiahkan senyum tipis.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...