Abaikan typo!!
HAPPY READING♡~
•••
"Suno?", Suno hanya memandang nya datar. Tanpa senyuman mahupun sapaan.
Mereka saling bertatapan, lama. Jay benar-benar terkejut akan kehadiran Suno di rumah nya. Setahu dirinya, dia tidak menelefon mahupun menghantar pesanan kepada sepupu isterinya-okay, dah tahu dah siapa punya kerja.
Tiada siapa yang tahu mereka pulang melainkan hanya dia, ya dia,
Yang Jungwon.
"Excuse me, tak nak jemput adik sepupu kesayangan Heebin ni masuk ke?", lamunan singkat Jay langsung mati tatkala suara Suno kedengaran seperti mahu menggedik.
Jay menayang senyum tipis sebelum mempelawa adik ipar nya itu masuk ke dalam rumah.
Sempat juga Suno melanggar bahu abang ipar nya sebelum menghentak kaki masuk ke dalam. Sengaja. Dari awal lagi, dia memang tidak pernah suka akan Jay.
Jangan ditanyakan kenapa, kerana dia sendiri tidak tahu punca dan alasan. Tapi yang penting, dia tidak suka kan lelaki bernama Jay Park.
Bukan benci, cuma tak suka saja.
"Kenapa kamu datang rumah malam-malam ni? Dan macam mana kamu tahu kami dah balik Korea?", Jay lantas bertanya sebaik saja menutup pintu rumah.
Suno yang berdiri di tengah ruangan segera berpaling. Masih dengan Teddy Bear dan bagasi bewarna ungu. Tidak lupa juga dengan wajah polos dan kecomelan semula jadi Kim Suno.
"Takkan lah aku tak datang kalau Heebin sedang sakit, kau sendiri tahu dari kecil lagi aku selalu lindungi Heebin. Dan abang ip—maksud aku, kawan kau, Jungwon yang bagitahu", Jay sekadar mengangguk.
Tampak saja raut nya tenang, namun jauh di sudut hati, dia sedikit takut jika Suno cuba menjauhkan dia dari isteri nya sepanjang lelaki itu disini.
Mereka kenal sejak kecil, pasti saja dia tahu ulah Suno.
Ada juga saat nya dia menyumpah ranah Yang Jungwon.
Rasa menyesal juga bila dia memberitahu jejaka itu akan Heebin yang asyik berkata mahu bertemu Suno.
"Tapi kenapa kamu bawa beg sekali?", Jay memandang Suno dan bagasi yang lelaki itu bawa silih ganti.
Dia tahu jawapan namun hatinya saja menginginkan kepastian.
Suno melangkah mendekati Jay bersama senyum yang begitu manis. Bagasi nya disua kepada Jay, namun dengan blur nya, Jay menyambut saja.
"Aku akan duduk sini sampai habis Krismas, makna nya satu minggu atau lebih, so tolong bawa beg aku masuk bilik, aku nak jumpa Heebin, bhai", bahu Jay ditepuk sebelum dia melangkah ke bilik Heebin sambil menyanyi kecil.
Jay mengetap bibir sambil mata merenung bagasi Suno yang kini dia pegang. "Nampaknya dia akan buli kau Jay Park", gumam Jay sendirian sebelum keluhan kecil meniti di bibir.
Mahu tidak mahu, terpaksa diturutkan saja kehendak Kim Suno. Jika tidak, dia pasti melaporkan tentang Jay kepada Heebin. Biasa lah, sepupu kesayangan!
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...