•CHAPTER 44•

182 34 20
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

"Awak nak buat apa kemas pakaian saya ni?", Heebin bersandar di muka pintu, melihat tubuh sisi Jay yang sibuk meraih pakaian Heebin dan dimasukkan ke dalam bagasi.

Lelaki itu mengerling sekilas. Sempat bibir menghadiahkan senyum singkat sebelum dia kembali mengemas.

Heebin mencebik sebelum dia melangkah ke arah ruang tamu. Kaca televisyen yang gelap menjadi tatapan kosong.

Park Heebin dilanda kebosanan!

Namun bunyi bagasi ditarik menyentak lamunan Heebin. Segera dia menoleh. Dan serentak itu dia dikejutkan dengan susuk Kim Suno yang membawa bagasi bersama Teddy Bear dipeluk kan. Tidak lupa akan sebuah beg kertas merah yang diletak di atas bagasi.

"Awak nak kemana ni?", tubuh Suno dirapati. Dia memandang lelaki tinggi itu atas bawah.

"Balik?"

"Tapi kan awak ada 2 hari lagi? Kenapa tiba-tiba nak balik awal?", Heebin mencebik. Bukan tidak mahu lelaki itu pulang, namun dia berniat mahu meraikan tahun baru bersama.

"Heebin, aku kena balik, aku dah janji nak sambut tahun baru dengan omma aku... kau kan ada suami? Sambut lah dengan dia"

Heebin mengeluh kecil sebelum Suno menghulur beg kertas merah. Terkebil-kebil gadis itu sambil menyambut huluran dari Suno.

Dilihatnya isi di dalam. Sebuah kotak hadiah bersaiz besar bersama frame gambar.

"Apa ni?"

"Hadiah kahwin. Frame dari keluarga Seo dan kotak hadiah itu dari aku"

Heebin mengangguk kecil.

Baru saja Suno mahu menyambung langkah, dia segera berpaling apabila teringat akan sesuatu.

"Jangan buka awal kotak itu...pakai malam tahun baru", bisik Suno.

Dia tersengih sebelum mengenyit mata nakal, membiarkan Heebin yang kebingungan di situ.

"Apa maksud dia?", detik Heebin. Dia sekadar angkat bahu sebelum melangkah riang ke bilik.

•••

"Kau ni dah kenapa? Tiada selera aku nak makan tengok muka muram kau ni pagi-pagi", Jake menggeleng banyak kali melihat Niki yang seperti mayat hidup.

Baru saja Mijin pergi semalam namun Niki sudah bertingkah seperti lelaki mati bini. Bagaimana agaknya lagak lelaki itu jika sudah masuk setahun?

Pasti dia benar-benar berjanggut!

Niki menoleh sekilas sebelum kembali bermain dengan nasi.

Oh ya, Jake sudah pulang ke rumah setelah Niki bergegas keluar malam semalam. Terpaksa dia meninggalkan Heebin demi masalah Niki dengan Mijin. Kalau ikut hati mahu saja dia mengabaikan masalah Niki, nasib saja lelaki Jepun itu sepupunya.

"Yah Nishimura Riki! Kau dengar tak ni? Aku bercakap sampai nak putus anak tekak sebab bercakap dengan tunggul yang tiada hati dan perasaan"

Niki mengeluh sebelum briefcase diraih bersama kot hitam. Dia mula bangkit mahu meninggalkan Jake.

"Yah, kenapa tak makan sarapan dulu? Macam mana kalau kau gastrik?", lengan lelaki itu ditahan. Raut Niki dipandang geram.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now